Kehamilan juga sering dikaitkan dengan pelbagai mitos dan larangan tertentu. Soalnya adakah ia benar dan boleh anda percayai atau hanya sekadar mitos semata-mata. Ketahui jawapannya.
- Garam Menyebabkan Kaki Bengkak - Tidak benar. Pada kehamilan biasa tiada masalah dengan pengambilan garam. Kaki bengkak disebabkan oleh aliran darah pada pembuluh darah yang tidak lancar. Tetapi jika anda ibu hamil yang menghidap darah tinggi, anda dinasihatkan kurangkan pengambilan garam kerana ia akan menambahkan lagi tekanan darah anda.
- Banyak Minum Air Batu Membuat Bayi Jadi Besar Dan Sukar Dilahirkan - Tidak ada kaitan langsung. Bayi besar selalunya berlaku pada ibu hamil yang menghidap kencing manis, kerana itu disarankan tidak mengambil banyak gula dalam pemakanan.
- Susu Soya Membuat Kulit Bayi Jadi Putih - Tiada kaitan. Warna kulit bayi ditentukan melalui pigmen yang membentuk kulit dimana pigmen ini berkait rapat dengan faktor genetik si ibu dan ayah. Susu soya tidak membuat kulit bayi menjadi putih, namum ia mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk perkembangan bayi.
- Hubungan Intim Semasa Hamil Memudahkan Untuk Bersalin - Ada benarnya kandungan sperma membantu proses kontraksi sewaktu bersalin. Tetapi pastikan kehamilan anda tidak bermasalah. Jika anda menghadapi masalah seperti uri di bawah atau penyakit lain, anda perlu mendapatkan pemeriksaan dokor kerana dikhuatiri hubungan intim boleh membahayakan kandungan. Serta pelajari teknik atau posisi yang sesuai bagi hubungan seks ketika kehamilan. Klik sini untuk info lanjut.
No comments:
Post a Comment