Selain sakit belakang, ibu hamil juga tidak terkecuali daripada masalah sakit punggung. Ramai ibu hamil yang mengalami masalah ini. Kesakitan tersebut biasanya muncul di bahagian bawah punggung semasa hamil. Kadangkala kesakitan itu datang sewaktu anda dalam posisi berdiri, duduk ataupun tidur.
Selalunya keadaan ini berpunca kerana anda banyak membongkok. Tambahan dengan keadaan perut yang membesar, anda cenderung berada dalam postur yang sedikit membongkok ke hadapan kerana tarikan aktiviti yang berat dari perut yang membesar. Berikut cara yang boleh anda cuba untuk mengatasi masalah ini.

- Bila duduk, tegakkan badan. Elakkan membongkok ke hadapan.
- Jika mahu mengangkat barang dari lantai, jangan membongkok. Bengkokkan kaki dan turunkan badan.
- Tidurlah di atas permukaan yang tegap tetapi lembut dan dapat memberi terhadap punggung anda tidak membuat punggung tertekan.
- Jika sakit punggung anda semakin teruk walaupun sudah pelbagai cara anda cuba, berjumpalah doktor. Dikhuatiri ia mungkin ada kaitan dengan masalah atau jangkitan lain.
- Masalah ini mungkin berlaku kerana anda kurang minum air putih menyebabkan ginjal terpaksa bekerja lebih berat. Jadi, banyakkan minum air.
No comments:
Post a Comment