Anda hamil? Atau anda tidak pasti anda hamil ataupun tidak. Sememangnya kita lebih mudah tahu kita hamil jika mempunyai pusingan haid yang teratur. Namum bukan semua wanita begitu. Ramai juga antaranya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.
Ada beberapa tanda lain yang boleh anda perhatikan yang memberitahu bahawa janin sedang mula berkembang dalam rahim anda. Bagaimana? Cuba perhatikan tanda-tanda ini.
Keletihan
Tiba-tiba anda mudah berasa letih dan lelah serta kurang bersemangat. Kadangkala mungkin anda menganggap ia tanda-tanda kedatangan haid, tapi ia juga merupakan salah satu tanda awal kehamilan. Ini kerana kadar hormon progestoren yang meningkat di awal kehamilan menyebabkan anda selalu rasa mengantuk dan tidak bertenaga seperti selalunya.
Payudara Bengkak
Tiba-tiba payudara anda seperti membengkak dan amat sensitif. Mudah terasa sakit apabila disentuh. Ini juga berlaku kerana faktor hormon dan biasanya terjadi setelah haid mulai lambat. Gejala ini agak serupa dengan gejala yang dialami ketika hampir datang haid.
Mual Muntah
Juga salah satu simptom "morning sickness". Gejala ini muncul bila-bila masa. Ada yang mengalami tanda ini lebih cepat dan ada juga yang lambat. Apabila anda mula mengalami tanda ini sedangkan haid masih belum kunjung tiba, bolehlah anda membuat ujian kehamilan sendiri di rumah.
Pendarahan
Antara 10 - 13 hari setelah benih disenyawakan, mungkin anda perasan ada titisan darah kecil pada seluar dalam. Jika jumlahnya sedikit dan warnanya juga sedikit pudar berbanding darah haid. Pendarahan kecil ini berlaku kerana proses benih tertanam pada rahim. Jangan anda keliru dan menyangka ia adalah haid pula.
Deria Rasa
Anda lebih sensitif terhadap segala bau di sekeliling anda berbanding sebelum ini. Kadangkala bau tersebut membuat anda berasa loya dan mual. Keadaan ini disebabkan peningkatan hormon dalam tubuh.
Kerap Buang Air
Anda semakin kerap ke bilik air untuk membuang air. Ini kerana peningkatan pusingan darah dan cecair dalam tubuh selain proses uterus yang mula membesar untuk kehamilan.
Suhu Tubuh
Selalunya pada awal kehamilan, suhu tubuh anda akan meningkat daripada biasanya. Anda mungkin mudah berasa panas dan cepat berpeluh. Keadaan ini membuat anda tidak selesa dan selalu ingin berada di depan kipas atau suasana yang berhawa dingin.
Tidak Haid
Apabila haid anda tidak lagi kunjung tiba mengikut waktu sepatutnya, tibalah masa untuk anda melakukan ujian kehamilan bagi mengesahkan keadaan tersebut.

hurm..salu lewat haid, itulah tanda2nyer..tapi x jugak 'lekat' utk baby yg ke 2...ank sulung dh nak masuk 3 thn..umo saya pon dah nak masuk 33..huhuhu, k'engku leh kasih any petua utk 'lekat' baby bagi yg period x tetap?time kasih
ReplyDeletesalam elly, mesti banyak sabar dan terus berusaha. Ambil folik acid dan banyakkan doa ye. Insyaallah nanti lekatlah tu.
ReplyDeleteAssalam Engku. Saya Hjh Mar dr Brunei. Betul ka kram itu tanda ssorg ppuan itu hamil ? Trma ksh
ReplyDeleteHjh Mar: Wsalam, tak semestinya tapi kadang kala ada juga berlaku, tapi untuk kepastian lebih baik kita buat urine test.
ReplyDeleteassalam, kak engku, nak ty la.. mcm sy kan, sy dah 2 mgu nak msuk 3 mgu loye2, pening kepale, pastu nak mkn mcm2 tau.. bdn skit2 lak tu.. kdg2 perut memg rse cam kram tau.. tpi tbe2 jew sy bru dtg haid, sy memg xcheck lgi.. time dtg haid nie pown, sy msih rse syntom2 cmtue jgak.. cmne ek??
ReplyDeleteai-riz: wsalam, huhuhu sebenarnya susah akak nak explain sebabnye akak tak begitu pasti ngan keadaan yg dialami. Akak nasihatkan cuba ai-riz check up kat klinik atau spital ye. Tq
ReplyDeletekalau haid datang sikit tapi more than 2 weeks...wrna pudar,kadang-2 mcm drh haid.ape masalah tu eh??
ReplyDeletesalam anonymous,
ReplyDeletemekasih sudi tanya akak. Maaf akak tak pasti. Nasihat akak lebih baik ke mana2 klinik berdekatan untuk pemeriksaan ye. Tq
salam kak engku, saya dah lewat utk datang haid lebih kurang dua minggu(sepatutnya sekitar 8hb setiap bulan), saya syak yg saya pregnant lalu saya buat UPT tp kputusan negatif. saya tak mengalami sebarang simptom awal kehamilan tapi period saya masih tak berlaku. adakah saya pregnant ataupun ada masalah kesihatan.?.
ReplyDeleteSalam anonymous,
DeleteKlau period masih lewat dlm 2 minggu lagi buat upt. Dan jika hasilnya negatif jumpa doktor untuk pemeriksaan ye. Tq
salam kak engku,sy dh berkahwin setahun setengah dan belum mempunyai cahaya mata dan dalam bulan nie priod sepatutnye 5hb tp masih blm datang.sy kerap sakit kepala,sakit belakang,payudara sakit,kekadang ase mual,kerap haus dan sentiasa teringin hendak makan setiap masa.adakah ini tanda sy hamil??sy pernah membuat UPT selepas 3 hari tidak datang priod tp result negatif.so,bagaimana karang ye kak engku???
ReplyDeleteSalam anonymous,
DeletePuan blh buat ujian upt jika period lewat 2 minggu. Ambillah urin pertama awal pagi ye. Jika hasilnya negatif, cuba buat pemeriksaan untuk kencing kotor ye. Tq
salam kak engku,bln lepas sye period pd 18hb feb da berakhir semiggu kemudian..bln ini masih belum period lg,tp ade rase sakit pada ari2 mcm nk period,slalu pusing dan mual2,klu ikut tarikh hari ni 2ohb mac,sye da boleh test pregnancy ke,tq..
ReplyDeleteSalam anonymous,
DeleteTunggu period lewat 2 minggu @ awal bulan april baru test ye. Tq
Salam kak engku...saya baya...sya bru berkahwin disember last year..period sya memang punctual every 27th day after the last peroid...tapi dlm tiga bulan kebelakangan ni period sya sering lambt..lepas tuh tiga hari jer...hari ke-4 tu dh kering...slalu nyer period sya dtg 5 ke 6 hari...adakah keadaan normal then adakah ianya tnda2 sya akan mengandung?
ReplyDeleteWsalam,
DeleteKitaran haid yg normal adalah 28 - 30 hari. Jika lewat period dlm 2 minggu baru check kencing ye. Mungkin sbb ada perubahan hormon @ tekanan menybbkan haid jd lambat n tempoh haid dtg tak mcm biasa. Bykkan rehat n jgn stress. Tq
assalamualaikum , akak , saya, skarang sedang hamil 3minggu , tapi baru tadi dapat tahu , sebab dalam 2 minggu ni 2 kali pengsan , hmm tapi saya kerap saket perot , kalau saya makan , perot akan saket , saya ada minum air nescafe banyak kali sebelum saya sedar saya hamil , bekumungkinan kah tejadi sesuatu yg buruk pada janin saya ?
ReplyDeleteWsalam. Tahniah atas kehamilan puan. Perkara yg lepas telah berlalu. Akak nasihatkan dari sekrg jaga kesihatan n ambil mknan yg seimbang serta bykkan rehat. Insyaallah jika kesihatan puan terjaga, bb dlm kandungan akan turut sihat. Tq
DeleteSalam kak Engku,
ReplyDeleteSayatelah lewat period 1 minggu. saya test ada 2 line mula2 samar. kemudian hari yang berikutnya saya test semakin terang . apabila saya menggunakan clearblue digital saya result = Pregnant 2-3. saya tidak pergi ke klinik lagi sebab belum lewat 2 minggu. apabila saya test lagi hcg line semakin pudar. adakah saya chemical pregnancy ? sekarang saya alami sakit di bahagian bawah perut berdenyut2 kadang kala. sekejap bahagian kanan, dan sekejap bahagian kiri. saya risau boleh memudaratkan kesihatan