"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

19 April 2010

Epilepsi (Sawan Atau Sakit Gila Babi)

Epilepsi kadangkala dikenali sebagai sawan ataupun sakit gila babi. Penyakit ini terjadi apabila perjalanan arus elektrik di dalam otak menjadi kucar-kacir dan tidak lagi berfungsi secara teratur. Manifestasi yang terjadi bergantung kepada saraf otak yang terlibat. Sekiranya ia menjelaskan keseluruhan otak maka pesakit akan menghidap epilepsi menyeluruh (grand mal epilepsy). Epilepsi jenis inilah yang sering dihidapi oleh kanak-kanak.

Tanda-Tanda
  • Anak kadangkala tahu apabila sawan akan berlaku.
  • Tidak sedar dengan jatuh secara tiba-tiba.
  • Tangan, kaki dan tubuh meronta-ronta.
  • Mata memandang ke atas, nafas sesak, muka kebiru-biruan, gigi terkancing.
  • Setelah sawan tamat, anak akan tidur dan bernafas seperti biasa.
Tindakan Ibubapa
  • Jangan kelam kabut
  • Jauhkan anak daripada benda-benda berbahaya seperti api, perabot, benda-benda tajam, kolam air dll.
  • Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut anak atau cuba membukanya.
  • Baringkan anak dalam keadaan mengiring
  • Panggil ambulans atau doktor jika sawan berterusan (kebanyakkan sawan akan berhenti dengan sendirinya).
Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Sawan terjadi buat pertama kali.
  • Sawan berterusan lebih daripada 15 minit.
  • Kepala anak terhantuk ketika sawan.
  • Anak tidak sedar berjam-jam selepas sawan.
  • Pernafasan terganggu selepas sawan.
  • Ibu bapa bimbang.

Komen : Anak yang menghidap epilepsi tidak digalakkan berenang, berbasikal di jalan raya dan memanjat tanpa pengawasan orang dewasa. Seorang pesakit epilepsi boleh mengalami masalah persekolahan walaupun jarang menghidap sawan. Ibubapa mesti memberi perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak.

No comments:

Post a Comment