"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

19 April 2010

Demam Denggi

Demam denggi ialah demam yang berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes, pembawa virus denggi. Virus denggi merebak daripada seorang ke seorang melalui gigitan nyamuk itu pada siang hari. Demam denggi sering berlaku di kawasan bandar yang dikenal pasti sebagai kawasan denggi. Demam ini selalunya berlanjutan di anara 3 hingga 7 hari. Semasa demam, ruam merah akan timbul. Demam denggi berbahaya kerana pesakit boleh berdarah dan menjadi tenat dengan cepat.

Tanda-Tanda
  • Demam lebih daripada 3 hari.
  • Kulit kemerah-merahan dan ada bintik-bintik.
  • Sakit perut, pening kepala, sakit sendi.
  • Muntah darah.
  • Badan menjadi sejuk dan berperangai tidak menetu.
  • Kurang air kencing.

Tindakan Ibubapa
  • Kurangkan demam dengan memberi ubat paracetamol yang cukup dosnya.
  • Galakkan anak mium air secukupnya.
  • Periksa anak dengan teliti untuk melihat sekiranya ada ruam kemerah-merahan atau bintik-bintik di kulit (di muka atau anggota badan).
  • Bagi mencegahnya gunakan kelambu apabila tidur dan pastikan tiada air bertakung di kawasan rumah kerana nyamuk akan membiak di situ.
Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Demam berpanjangan
  • Ruam kemerah-merahan
  • Tinggal di kawasan denggi dan anak demam
  • Jika disyaki atau bimbang anak menghidap demam denggi.
Komen: Demam denggi memerlukan rawatan cecair intravena untuk memastikan anak menerima cecair yang mencukupi. Pendarahan hanya akan berlaku kepada sebilangan kecil pesakit.

No comments:

Post a Comment