"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

27 April 2010

5 Cara Beri Ubat Pada Bayi

Anak tidak mahu makan ubat? Pastinya ramai di kalangan ibubapa menghadapi masalah ini. Pelbagai reaksi pernah anda hadapi, antaranya nampak sahaja ubat terus geleng kepala, tutup mulut, memuntahkannya dan tidak kurang juga yang menangis serta memberontak.

Sedangkan hampir semua ubat kanak-kanak berupa sirap yang manis dan berperisa buah-buahan, namum kebanyakkan kanak-kanak tetap fobia bila sebut sahaja minum ubat. Maka wajarlah kalau anda terpaksa bersabar bila memberikan anak ubat.

Untuk memudahkan anak minum ubat dengan baik dan anda tidak menghadapi masalah memberikannya, cubalah tip berikut:-
  • Dukunglah bayi semasa memberi ubat, pastikan posisi mendukungnya, kepala lebih tinggi dari badan supaya bayi tidak tersedak yang boleh menyebabkan ubat masuk ke paru-paru.
  • Bayi yang tidak boleh duduk diam, mintalah bantuan orang dewasa lain atau anak lebih besar untuk menenangkannya. Kalau tidak ada orang lain, bungkus (bedung) tangan bayi agar tidak mengganggu anda.
  • Jika bayi sering memuntahkan semua ubat yang diberikan, minta bantuan seseorang untuk membuka semula mulutnya dengan perlahan. Perlahan-lahan masukkan ubat ke dalam mulutnya.
  • Jika memberi ubat jenis cecair anda boleh gunakan sudu, cawan atau pam ubat (biasa disediakan oleh farmasi semasa mengambil ubat).
  • Menggunakan sudu : Letakkan di bahagian bibir bawah. Angkat sedikit sudu agar ubat mudah mengalir ke dalam mulut.
  • Menggunakan pam ubat : Letakkan pam di sudut mulut bayi dan pamkan perlahan-lahan ubat ke dalam mulutnya sebelum mengeluarkan semula pam dari mulutnya.
  • Pemberian ubat titis untuk hidung, mata dan telinga pada bayi juga ada caranya. Ubat titis hidung : Baringkan bayi di atas pangkuan atau di katilnya, tinggikan bahagian kepala dan biarkan bahagian hidungnya tinggi. Sebelum ubat titis diberikan, beri tumpuan kepada perkara-perkara berikut:-
  • Rendam ubat titis dalam bekas berisi air suam dengan posisi tegak beberapa minit supaya apabila dimasukkan ke dalam mata atau telinga anak tidak terlalu terkejut.
  • Jangan sentuhkan ubat titis ke hidung, telinga atau mata agar bakteria tidak berpindah ke dalam botol ubat.
  • Perhatikan tarikh akhir penggunaan ubat kerana ubat yang melebihi tarikh akhir akan memburukkan lagi penyakit dihidapi oleh anak.
Memberi Ubat Untuk Anak Lebih Dewasa
  • Minta anak menutup hidung semasa minum ubat supaya dia tidak tercium bau ubat yang kuat.
  • Campurlah ubat tablet dengan sirap atau madu agar tidak berasa pahit.
  • Jangan larutkan ubat dengan air dalam gelas kerana ada kemungkinan ubat mendap dan tak terminum oleh anak.
  • Minta anak menggosok gigi selepas minum ubat yang manis agar tidak melekat di gigi.
Nota :
  • Jangan takut-takutkan (ugut) anak anda dengan ubat, setiap kali dia melakukan kesalahan dan sebagainya. Ini akan memburukkan keadaan bila anda ingin memberi ubat kepadanya kelak, kerana anak beranggapan ubat adalah ancaman kepadanya.
  • Jangan campurkan ubat dengan susu. Ini akan membuatkan anak mungkin tidak mahu minum susu lagi apabila diberi kerana merasakan susu yang diminum lain rasanya, serta kemunkinan dos ubat yang perlu diambil tidak mencukupi sekiranya anak tidak menghabiskan susu tersebut.
  • Pujuk dan berilah hadiah atau habuan kepada anak setiap kali anak makan ubat, dengan ini dapat membuatkan anak-anak lebih rela makan ubat dengan sendirinya tanpa dipaksa.

2 comments:

  1. AS SALAM...UMMI MINTA IZIN NAK KONGSI ARTIKEL KAK ENGKU KAT BLOG UMMI YA...TERIMA KASIH...

    http://faishaluvnurrfatihah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. nurr: wsalam, boleh hehehe

    ReplyDelete