"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

30 March 2010

Risiko Bersalin Secara Pembedahan

Bersalin cara ceaser (pembedahan) boleh jadi kerana pilihan ibu hamil sendiri ataupun kerana komplikasi kelahiran yang timbul sejak saat awal ataupun akhir kehamilan.

Bersalin cara bedah ini ada kelebihan dan kekurangannya. Berikut adalah risiko melahirkan bayi cara pembedahan yang perlu anda ketahui.


Jangkitan Kuman

Jangkitan pada rahim antara risiko yang mungkin berlaku apatah lagi jika sudah berlaku jangkitan sebelumnya. Malah, jika antibiotik yang diberikan tidak kuat, rahim boleh terkena jangkitan dengan mudah.


Kecederaan Pembuluh Darah Dan Pundi Kencing

Penggunaan pisau dan gunting sewaktu bersalin cara pembedahan berisiko mencederakan pembuluh darah. Inilah sebab mengapa adakalanya darah lebih banyak keluar sewaktu kelahiran cara pembedahan berbanding secara normal. Malah, pundi kencing juga berisiko mungkin terpotong atau cedera jika kecuaian berlaku sewaktu proses bersalin caeser ini.


Keracunan Darah

Keracunan darah pada proses kelahiran cara pembedahan boleh berlaku jika sebelumnya si ibu mengalami jangkitan. Wanita hamil pada peringkat awal disahkan mengalami jangkitan rahim bahagian bawah dan disahkan air ketubannya mengandungi kuman. Apabila air ketuban pecah, kuman akan menjadi aktif hingga menimbulkan bau yang tidak enak pada vagina. Dan ketika kelahiran dilakukan secara pembedahan, keadaan tersebut akan membuat kuman mudah masuk ke dalam pembuluh darah dan tersebar ke seluruh tubuh yang menjadikan keracunan darah.


Kematian

Kematian antara risiko terburuk yang boleh berlaku, secara umumnya kematian sewaktu melahirkan cara pembedahan boleh diakibatkan kerana salah bius atau masalah pendarahan yang tidak ditangani dengan segera. Air ketuban yang masuk ke dalam pembuluh darah juga boleh menyebabkan kematian. Ini kerana sewaktu proses kelahiran caeser, pembuluh darah berada dalam keadaan terbuka dan berisiko menyebabkan komplikasi kemasukan air ketuban ke dalam pembuluh darah yang boleh menyebabkan jantung dan pernafasan si ibu terhenti secara tiba-tiba.

Walaupun pelbagai risiko dan komplikasi dikaitkan dengan kelahiran cara pembedahan, anda jangan terlalu gusar dan takut memikirkannya. Yang penting, anda yakinkan diri bahawa anda boleh melahirkan bayi dengan selamat walau dengan apa cara sekalipun selain menitikberatkan soal penjagaan kesihatan sepanjang kehamilan.

8 comments:

  1. salam kak engku,
    jangkitan kuman tu boleh kesan sendiri tak? maksud, ada tanda2 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam najihah,
      Tanda-tanda jangkitan spt keliling luka bedah nampak kemerahan, gatal, bernanah dan demam. Tq

      Delete
  2. salam 1 Malaysia..aduhhh...rasa tak nak baca artikel ni lebih lanjut sbb kedua2 anak saya lahir sc caserean, yg last ketiga ni pun, awal2 lgi d britahu doktor mesti sc caserean...aduhaii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 1 malaysia,
      Bersalin czer biasanya dpktor akan bg peluang hanya 3 kali sahaja. Moga puan akan dipermudahkan segala urusan. Amin.

      Delete
  3. alhamdulillah saya baru saja bersalin kali ke-4 2 hr lepas secara czer..InsyaAllah klu parut kat dalam x melekat 5 kali pn blh klu berani kata dr..

    ReplyDelete
  4. kak ungku....saya nak tahu produk apa yang sesuai untuk bersalin normal atau pun bedah....sebagai langkah berjaga2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam syuhada razak,
      Mana2 set bersalin pun ok. Cuma cara penggunaan je yang berbeza. Tq

      Delete
  5. salam. kedua2 anak saya lahir secara czer, kalau saya bersalin kali ke 3 mungkin czer juga ke?...dan adakah ditempat yang sama?...saya sangat takut dan seperti tidak mahu meneruskan...saya amat takut sekali

    ReplyDelete