"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

01 April 2010

Set Bersalin HPA



Set Bersalin HPA - Harga RM90.00

Set bersalin HPA adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin HPA mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

35 comments:

  1. hai,kak engku..
    sy nak tanya hrga set bersalin HPA ni dah termasuk postage ke belum? klu set bersalin org kampung ade x? TQ

    ReplyDelete
  2. kak,kalau saya ahli HPA boleh dapat harga ahli ke kak?

    ReplyDelete
  3. fida: insyaAllah boleh, nanti akak tolong belikan ye tapi akak caj kos pos ye. Tq

    ReplyDelete
  4. SALAM KAK,
    HERBA BARUT 2 BRAPE HARGANYE?

    ReplyDelete
  5. capt yus: hargenye rm30.00 je hehehe, tapi akak kene caj kos pos rm7.00 tau. tq n jumpe lagi

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam.k.engku.saya nk tanya.ubat herba bersalin direbus dan disapu pada kawasan peranakkan.boleh x k.engku detailkan kawasan peranakkan tu di mana nyea..

    ReplyDelete
  8. sye teruja ngn blog sis ni...byk info pasal set bersalin.....cadang nak try HPA set bersalin...ok ker?

    ReplyDelete
  9. set nie ok hehehe

    ReplyDelete
  10. kalu menyusu ada kesan tak ke atas byi?

    ReplyDelete
  11. insyaAllah takde kesan sgt

    ReplyDelete
  12. set bersalin HPA ni dapat menguruskan badan ke berat sebelum mengandung x?

    ReplyDelete
  13. salam kak,set bersalin ni seeloknya start bila

    ReplyDelete
  14. wsalam, klu akak, akak galakkan ambil selepas 14 hari bersalin

    ReplyDelete
  15. salam kak sya tenqah peninq mncari set bersalin apa yq ptt sye pkai,berkenan jqak dqn set hpa ni,klau sekli dqb bnqkunq berapa ya kak n seelok2nya bila blh start pkai set ni?

    ReplyDelete
  16. salam kak,set bersalin orang kampung kak ada jual x?

    ReplyDelete
  17. Kalau berslain secara pembedahan boleh guna set ini tak?

    ReplyDelete
  18. salam kak engku.....set bersalin HPA ok x??dpt smbutan jgk ke?tp dlm set tu xde pilis kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mana2 set bersalin ok. Sambutan untuk hpa mmg bagus. Pilis klau nak blh beli produk mak dara rm22.00 @ puan blh guna krim pilis sari ayu. Tq

      Delete
  19. Salam kak engku.. nak tanya, bila nak guna barut herba & bengkung?

    ReplyDelete
  20. kak, klau beli 1 set HPA ni xdpt free postage ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam high tech,
      Mintak maaf byk2 tak dapat la....uhuhu

      Delete
  21. kak...klu nk ambk teh herba dan ubat basuh je, brape yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kena check stok n harga dulu....uhuhu
      Blh message kat hphone akak 0192077643 tak. Senang sikit nak berurusan. Tq

      Delete
  22. klau bersalin pembedahan leh guna x prduk hpa..

    ReplyDelete
  23. best la blog akk ni.one stop center..
    kak engku....klu bli set besalin hpa ni ngn akk ley dpt murah ke...
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Q,
      Mintak maaf set hpa akak tak dapat nak adjust....uhuhu

      Delete
  24. salam kak, ni harga set bersalin yg terkini ke? dh masuk hage pos ke blom?kalo beli skali ngan barut herba berapa?

    ReplyDelete
  25. Wsalam, buat masa nie set HPA akak takde stok, stokis kat Rawang tgh tukar management, tu pasal stok susah sgt nak dapat huhuhu

    ReplyDelete
  26. assalam kak engku, saya nak tanya, boleh tak kak engku suggestkan produk untuk orang2 yang berkulit sensitif? tak boleh sapu jamu2 pada kulit.

    ReplyDelete
  27. Wsalam sunarti johari,
    Bagi yang kulit sensitif tak boleh makan jamu akak nasihatkan boleh cuba ambil set berpantang shaklee. Jika berminat nanti bg email address akak bagi list produk. Tq

    ReplyDelete
  28. Salam kak, ada stok lg x? Kalau nak ambil sendiri boleh?lokasi?

    ReplyDelete