"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

19 March 2010

Risiko Anak Lahir Secara Pembedahan

Jika anda boleh melahirkan secara normal, kenapa perlu caesarean? Ini kerana bayi dilahirkan caesarean lebih berisiko mengalami pelbagai masalah kesihatan. Apakah masalah tersebut? Berikut masalah yang ditemui.

Gangguan Pernafasan

Transient Tachypnea of the New Born (TTNB) adalah gangguan pernafasan yang sering dibimbangi berlaku pada bayi caesarean. Gangguan ini berlaku akibat cairan yang memenuhi paru-paru janin semasa berada dalam rahim tidak dikeluarkan kerana bayi berasa dia seperti masih dalam rahim ibu. Sedangkan jika dia melalui proses bersalin normal, cecair yang memenuhi paru-paru turut dipam keluar sepenuhnya semasa proses bersalin.

Selain itu proses kontraksi secara berkala membantu mengeluarkan air dari paru-paru bayi, semakin kuat kontraksi semakin kuat ia menekan tubuh bagi sehingga secara automatik cairan dalam paru-paru turut keluar. Sedangkan bayi dilahirkan secara caesarean tidak mengalami hal ini.


Kurang Antibodi

Belum ada kajian tertentu yang boleh dibuktikan, namum proses bersalin normal, bayi berpindah dari rahim yang dilindungi sepenuhnya dari infeksi luar kemudiannya melalui proses kontraksi berjam-jam dan semasa lahir dengan mulut tidak tertutup sehingga banyak kuman masuk ke dalam mulut sehingga ke usus. Atau hubungan langsung dengan mikrogasnisma melalui pintu rahim yang kemudiannya berkumpul di usus. Hal ini sangat berpengaruh pada perkembangan dan kematangan sistem kekebalan tubuhnya.


Mudah Alergi

Walaupun bayi dilahirkan secara pembedahan dapat menghindari kotoran di jalan lahir secara semulajadi, tetapi ia terlewat mendapat susu ibu, ini mendedahkan risiko alergi pada bayi lebih tinggi kerana belum ada antibiotik boleh diberikan kepada bayi yang dibedah sebagai langkah berjaga-jaga dari kemungkinan infeksi.


Mudah Emosi

Biarpun belum ada bukti ilmiah keadaan psikologi bayi caesarean didapati mudah emosi berbanding bayi lahir secara normal. Faktanya, bayi lahir normal secara umumnya dia melalui situasi sukar dan tidak selesa semasa dilahirkan kerana laluan yang sempit dan tekanan kontraksi rahim. Pengalaman ini dipercayai menjadi latihan mental pertama bayi, secara tidak langsung menyumbang terhadap pembentukan keperibadiannya bila dewasa.


Dipengaruhi Ubat Bius

Ia mungkin berlaku semasa pembedahan dilakukan, doktor pakar yang melakukan pembedahan harus meminimakan pengaruh ubat bius kepada bayi. Penggunaan ubat bius berlebihan akan menyebabkan bayi mengantuk kerana dipengaruhi ubat bius.


Kurang Peluang Menyusu

Bayi caesarean kurang mendapat kesempatan menjalani proses penyusuan awal ibu kerana keadaan bayi caesarean berbeza dengan bayi normal yang terus menyusu payudara ibunya sebaik sahaja dilahirkan, sedangkan bayi caesarean tidak boleh berbuat demikian kerana terpaksa melalui beberapa prosedur pernafasan terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment