"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

19 March 2010

Pemeriksaan Tambahan Ibu Hamil Lewat Usia

Sekiranya anda hamil ketika usia melebehi 35 tahun, anda dikategorikan sebagai ibu hamil berisiko. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Atas alasan inilah, anda perlu berjumpa doktor dengan lebih kerap. Oleh yang demikian, ujian dan pengawasan khusus dapat dilakukan ke atas diri anda. Apatah lagi, pada tahap usia ini anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat:
  • Kecacatan kromosom pada bayi dalam kandungan
  • Darah tinggi yang disebabkan oleh kandungan
  • Diabetes yang disebabkan oleh kandungan
  • Pendarahan
  • Tumbesaran terbatas dalam rahim (IUGR) iaitu saiz bayi terlalu kecil semasa tempoh kandungan.

Amniocentesis

Salah satu ujian yang wajib anda lakukan ialah amniocentesis. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mengesan sebarang masalah atau kemungkinan berkaitan kelainan kromosom yang boleh berlaku kepada bayi dalam kandungan. Prosedur ini melibatkan pengambilan sedikit sampel air ketuban dengan menggunakan jarum yang disuntik ke perut anda.

Kebiasaannya, ujian ini dilakukan pada usia kandungan 16 - 20 minggu. Kelainan kromosom ini akibat daripada telur anda yang semakin tua. Akibatnya bayi kemungkinan mengalami masalah Sindrom Down, Patau atau Edward. Walau bagaimanapun, ibu hamil yang berusia di bawah 35 tahun, tidak perlu menjalani ujian ini. Sekiranya masih ingin memastikan kesihatan bayi, tiada halangan untuk anda melakukan ujian tersebut.


Nuchal Translucency

Pemeriksaan ini melibatkan penggunaan alat imbasan ultrasound bagi mengukur nukal (kawasan di bawah kulit tengkuk). Ujian ini amat penting untuk dilakukan kerana hasil ujian imbasan ini dapat memberi maklumat tepat tentang kecacatan kongenital yang mungkin dialami oleh bayi anda. Minggu ke 10 - 14, merupakan tempoh masa yang sesuai untuk mengukur transkulen nukal dan mengesan tulang hidung.

Ketika ini, gelombang bunyi yang timbul pada nukal dan kedaan tulang hidung boleh mengesahkan sama ada bayi anda megalami Sindrom Down ataupun tidak.


Imbasan Anamoli Teliti

Ujian ini bertujuan untuk melihat sebarang keabnormalan yang mungkin ada pada bayi. Ia meliputi imbasan kepala, otak, muka, tulang belakang, jantung, dada, abdomen, buah pinggang, tangan dan kaki. Untuk makluman anda, ujian ini digalakkan untuk dilakukan di sekitar minggu ke 18 - 22 bagi mengenalpasti masalah spina bifida, bibir sumbing dan jantung berlubang.


Ujian Modified Glucose Tolerance

Tujuan ujian ini saringan ini perlu dijalankan oleh ibu hamil lewat usia ialah untuk mengesan penyakit diabetes semasa hamil. Ujian ini biasanya dilakukan dalam dua peringkat:
  • Fasting Blood Sugar (FBS) - ujian darah diambil dalam keadaan berpuasa.
  • Two Hour Post Prandial (2hPP) - ujian darah yang diambil 2 jam selepas minum 75g air glukos.
Nilai normal ujian FBS tidak boleh melebihi 6.0 milimoner/liter. Ujian 2hPP pula tidak boleh melebihi 11.0 milimoner/liter. Sekiranya nilai yang bakal diperolehi itu melebihi 6.0 dan nilai 2hPP melebihi 11.0, ia akan mengesahkan bahawa anda adalah pesakit kencing manis.

Sementara itu, golongan ibu hamil lanjut usia digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor setiap bulan sehingga ke hujung minggu kehamilan. Malah, turut disarankan agar anda mendapatkan rawatan tersebut daripada hanya seorang doktor pakar dimana-mana hospital yang disukai.

Hal ini penting untuk memastikan, doktor yang bakal menyambut kelahiran bayi anda tahu sejarah kesihatan anda sepanjang kehamilan. Oleh yang demikian, tanggungjawab yang bakal ditanggungnya nanti akan lebih mudah. Malah, dia juga pastinya bersedia dengan apa jua kemungkinan yang boleh berlaku kepada anda dan kandungan anda.

Selain daripada itu, ibu hamil lewat usia juga mungkin boleh mengalami masalah kegagalan janin berada ditempat yang sepatutnya. Jadi, masalah-masalah seperti kelahiran songsang boleh berlaku. Akibat dari masalah tersebut, anda mungkin terpaksa menjalani proses kelahiran secara caesarean. Ada kalanya, doktor terpaksa melakukan forsep jika bayi masih gagal dikeluarkan secara normal.,

Ibu hamil lewat usia juga biasanya akan melahirkan bayi yang agak kecil. Bukan setakat itu sahaja, bayi yang dilahirkan juga mungkin tidak cukup bulan. Penyebabnya ialah ibu yang berusia 35 tahun ke atas mempunyai uri yang agak lemah. Jadi, keadaan ini akan menyebabkan penyaluran oksigen dan nutrien kepada bayi menjadi kurang.

Sekiranya doktor dapat mengesan masalah ini, anda mungkin terpaksa melalui kelahiran secara forsep atau caesarean. Jadi sebaik-baiknya dapatkan pengawasan dan rawatan mengikut jadual yang telah ditetapkan sepanjang tempoh kehamilan.

No comments:

Post a Comment