"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

05 March 2010

Keselamatan Di Rumah

Semua ibubapa harus mempelajari Pertolongan Cemas

Menjadikan Kediaman anda selamat untuk kanak-kanak

Anda boleh mengelakkan kecederaan ke atas kanak-kanak dengan mengikut langkah-langkah keselamatan berikut:

1. Terjatuh
  • Pasangkan penghadang tangga, kunci keselamatan tingkap dan pelindung sudut/bucu perabot.
2. Terbakar/Melecur
  • Jauhkan barangan elektrik, air atau peralatan yang panas termasuk mancis dan pemetik api daripada kanak-kanak.
  • Pasangkan alat pengesan asap
3. Keracunan
  • Simpan barang yang beracun dan ubatan di tempat selamat dan jauhkan daripada kanak-kanak
  • Gunakan "child resistant caps".
4. Luka
  • Simpan barang yang tajam di tempat yang selamat dan jauhkan daripada kanak-kanak
5. Tercekik
  • Jangan bagi kacang atau barang mainan yang kecil atau yang mudah tertanggal kepada kanak-kanak
6. Lemas
  • Jangan tinggalkan anak anda berseorangan berdekatan dengan takungan air (contoh: baldi, besen, bilik mandi)
  • Jauhkan beg plastik daripada kanak-kanak
7. Kejutan elektrik
  • Pastikan semua plak letrik dipasang dengan penghadang untuk mengelakkan kanak-kanak daripada terkena kejutan letrik
8. Kemalangan Jalan Raya
  • Gunakan kerusi keselamatan kanak-kanak, tali pinggang keselamatan dan topi keledar. Pastikan halaman anda dipagar.

No comments:

Post a Comment