Terdapat banyak cara untuk menggalakkan kemahiran keibubapaan yang baik. Berikut adalah beberapa cara:
1. Meluangkan masa dengan anak
1. Meluangkan masa dengan anak
- Meluangkan masa dengan anak boleh memupuk hubungan antara ibubapa dan anak mereka dan memberi peluang kepada ibubapa untuk memahami seta memberi pengajaran
2. Memberi pujian
- Memberi pujian kepada anak-anak adalah satu amalan yang baik. Ia menggambarkan apakah tingkahlaku yang baik, menunjukkan keprihatinan dan meningkatkan jati diri mereka. Kenyataan yang negatif tidak membantu dan merosakkan jati diri kanak-kanak
3. Menetapkan peraturan
- Setiap keluarga perlu ada peraturan apa yang boleh dibuat dan yang tidak boleh dibuat. Kanak-kanak perlu tahu apa yang diharapkan dari mereka. Adalah penting ibubapa memberitahu anak mereka dengan jelas apakan tingkahlaku yang baik yang diharapkan
4. Tidak melayan kelakuan yang buruk
- Ada masanya ibubapa akan memberitahu anak-anak tentang kelakuan yang sepatutnya tetapi anak-anak terus berkelakuan sebaliknya. Ini kerana mereka ingin mendapat perhatian
- Dengan tidak memberi perhatian pada kelakuan yang tidak baik ini, galakkan mereka berkata TIDAK pada perlakuan yang negatif
5. Menggalakkan kanak-kanak membuat keputusan sendiri
- Aspek penting dalam keibubapaan adalah mengajar kanak-kanak berfikir tentang diri mereka sendir. Untuk mencapai tujuan ini perlu membimbing kanak-kanak melalui proses membuat keputusan sendiri daripada memberi jawapan yang betul dengan mudah.
No comments:
Post a Comment