"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

20 March 2010

Demam

Demam ialah salah satu daripada tanda atau gejala penyakit dan bukannya sejenis penyakit. Anak dikatakan demam jika suhu badannya meningkat. Peningkatan suhu badan ini bersebab daripada reaksi sel-sel di dalam badan terhadap kuman yang menjangkitinya.

Suhu badan biasa yang diambil dengan menggunakan termometer ialah di antara 36 darjah celcius hingga 37 darjah celcius. Suhu naik turun mengikut masa (rendah pada waktu pagi dan tinggi waktu petang), tahap kegiatan anak, umur, jenis makanan, pakaian dan suhu sekeliling.

Suhu anak yang demam selalunya di antara 38 darjah celcius hingga 40 darjah celcius. Suhu tinggi ini sahaja tidak akan merosakkan otak anak. Kebanyakkan demam disebabkan oleh jangkitan virus.

Tanda-Tanda
  • Muka dan badan panas
  • Muka merah
  • Pernafasan yang cepat
  • Berpeluh dan menggigil
  • Menangis
Cara-Cara Menyukat Suhu Badan Anak
  • Untuk anak yang kurang daripada 5 tahun, termometer diletakkan di bawah ketiak selama 3 - 4 minit. (Suhu ini ialah 0.5 darjah celcius kurang daripada suhu di dalam mulut)
  • Untuk anak yang berumur 6 tahun ke atas, letakkan termometer di tepi atau di bawah lidah dan biarkan selama 3 minit. (Beritahu anak supaya jangan menggigit termometer).
  • Termometer plastik tidak memberi suhu yang tepat.
  • Termometer merkuri mesti digoncang sebelum digunakan supaya merkuri turun ke tahap kurang daripada 36 darjah celcius.
  • Termometer digital mengeluarkan bunyi apabila cukup masa untuk membacanya.
Tindakan Ibubapa

Tujuan rawatan untuk demam ialah untuk membuatkan anak rasa selesa dan mengurangkan risiko kekurangan cecair di dalam badan anak.
  • Pakaikan anak dengan pakaian yang nipis berlengan pendek
  • Berikan ubat paracetamol dengan dos yang mencukupi tiap-tiap 4 - 6 jam jika suhu badan melebihi 38 darjah celcius. (Dos ubat ini ialah 15 - 20 mg/kg tiap-tiap 6 jam).
  • Lapkan air keseluruh badan anak jika demam tidak turun setelah satu jam diberi ubat demam. Jangan gunakan air sejuk atau ais kerana ini akan membuatkan anak menggigil dan meningkatkan lagi suhu badannya.
  • Pasang kipas untuk menurunkan suhu sekeliling anak dan untuk keselesaannya.
  • Beri anak minum secukupnya dan berikannya makan bubur supaya senang dihadamkan. Aiskrim atau jeli boleh diberi untuk menolong mengurangkan suhu badan anak.
Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Anak demam yang berumur kurang dari 6 bulan
  • Demam sederhana yang berpanjangan melebihi 3 hari
  • Demam tinggi yang melebihi 24 jam
  • Anak kelihatan tidak bermaya, keliru, enggan makan atau minum atau susah dikejutkan daripada tidur
  • Ruam atau tompok-tompok yang kelihatan apabila demam bermula
  • Nafas sesak
  • Untuk memastikan demam tidak disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lebih berbahaya.
Komen :
  • Kebanyakkan demam disebabkan oleh virus yang tidak memerlukan rawatan antibiotik. Walau bagaimanapun, ubat antibiotik perlu diberikan dalam keadaan yang besar kemungkinan jangkitan bakteria berlaku.
  • Ubat paracetamol tidak patut diberikan lebih kerap daripada tiap-tiap 4 jam dan berterusan lebih daripada 3 hari tanpa anak diperiksa doktor. Penggunaan ubat ini secara berlebihan adalah berbahaya.
  • Ubat aspirin tidak lagi digunakan untuk kanak-kanak yang demam.
  • Salah satu daripada sebab demam yang jarang dikenali ialah jangkitan air kencing yang mungkin memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut.
  • Sawan demam berlaku dalam lebih kurang 3 peratus kanak-kanak sahaja apabila demam mereka terlalu tinggi.



No comments:

Post a Comment