"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

08 March 2010

Demam

Apakah Demam?

Demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 37 darjah celcius disebabkan oleh jangkitan atau radangan.


Tanda Dan Gejala
  1. Badan panas bila disentuh.
  2. Pernafasan cepat
  3. Muka merah
  4. Tidak aktif dan lemah sentiasa mahu tidur
  5. Resah gelisah
  6. Tiada selera makan
  7. Menggigil

Tindakan Yang Diambil
  1. Rehatkan anak di tempat peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian yang nipis
  3. Beri minuman yang berlebihan
  4. Beri ubat demam mengikut arahan
  5. Mula mandi berjelum jika suhu badan melebihi 38 darjah celcius

Mandi Berjelum

Mandi berjelum ialah:
  1. Lap seluruh badan dengan air paip
  2. Masa 15 - 20 minit
  3. Tujuan adalah untuk menurunkan suhu badan

Alat-Alat Untuk Mandi Berjelum
  1. Besin berisi air paip
  2. Jangka suhu badan
  3. 6 helai tuala kecil
  4. 1 helai tuala mandi
  5. Plastik untuk alas

Caranya
  1. Baringkan anak di tempat yang selamat dan selesa
  2. Tutupkan kipas
  3. Tanggalkan pakaian
  4. Alaskan tilam
  5. Basahkan ke semua tuala kecil
  • Perahkan sedikit
  • Letakkan di dahi
  • Kedua celah ketiak
  • Kedua celah peha
6. Teruskan tatacara selama 15 - 20 minit
7. Periksa suhu badan 30 minit selepas tatacara.


Perhatian
  1. Hentikan tatacara jika anak anda Kesejukan, Menggigil atau Kulit Kebiruan
  2. Pakai pakaian dengan segera
  3. Jika suhu masih 38 darjah celcius segeralah berjumpa dengan doktor.

No comments:

Post a Comment