"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

08 March 2010

Antibiotik Lawan Jangkitan

Antibiotik merupakan sejenis dadah yang membunuh bakteria dan melawan jangkitan. Pada awalnya antibiotik diperoleh daripada kulat dan cendawan tetapi kini boleh diperoleh secara sintetik.

Terdapat banyak jenis antibiotik namun yang paling dikenali ialah penisilin. Penisilin telah digunakan bagi merawat penyakit sejak 60 tahun lalu. Bagaimanapun tidak semua antibiotik berkesan bagi merawat penyakit. Terdapat sesetengah jenis bakteria yang membentuk pelindung kepada sesuatu jenis ubatan atau antibiotik.

Ini berlaku kerana kekerapan pengambilan ubatan atau antibiotik menyebabkan bakteria tersebut lali dan ubatan serta antibiotik itu tidak berkesan terhadap virus seperti Aids dan selsema.


Kesan Sampingan

Kesan sampingan yang paling biasa terjadi akibat pengambilan antibiotik ialah cirit birit. Ia biasanya berlaku kerana gangguan bakteria baik yang terdapat di dalam usus. Cirit birit ini boleh menimbulkan masalah jika anda sedang mengambil pil perancang keluarga atau alat perancang keluarga yang lain semasa dalam tempoh 14 hari pengambilan antibiotik.

Antibiotik juga mungkin menyebabkan anda berasa loya, gatal dan ruam serta menggalakkan pertumbuhan kulat pada usus atau vagina. Contohnya jangkitan kandida merupakan kesan sampingan yang kerap terjadi akibat terapi antibiotik. Kesan lain ialah kesukaran bernafas, muka sembap dan gatal.

No comments:

Post a Comment