1. Pemakanan
- Berikan anak makanan berkhasiat semasa waktu makan utama
- Pilih snek berkhasiat kepada anak seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu dan dadih
- Elakkan makanan ringan yang tidak berkhasiat, minuman bergas dan manis
- Pastikan anak anda minum 8 gelas cecair dalam bentuk air masak, jus buah-buahan atau sup
2. Penjagaan Gigi
- Berus gigi dua kali sehari selepas makan
- Berjumpa doktor gigi (sekurang-kurangnya 6 bulan sekali)
3. Elakkan Kecederaan
- Mengajar anak amalan baik dijalan raya (ibubapa perlu menjadi contoh)
- Gunakan topi keselamatan bila menunggang basikal
- Pastikan anak menggunakan kerusi keselamatan bayi dan pasang tali pinggang keselamatan semasa di dalam kereta
- Elakkan anak bermain di longkang, kolam, perigi atau sungai
- Pastikan tingkap berpagar untuk mengelakkan anak anda terjatuh
4. Promosi dan Amalan Kesihatan Mental yang sihat
- Amalkan peraturan yang sentiasa tetap dan tegas
- Guna budi bicara sebelum menjatuhkan hukuman
- Luangkan masa untuk berbual dengan anak anda
- Jadi seseorang pendengar yang baik
- Menekankan amalan yang baik degan kepujian
- Hindarkan dari gelaran yang negatif terhadap anak anda
No comments:
Post a Comment