"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

02 March 2010

Bimbingan Awal : 2 Bulan

  • Jika bayi anda menangis berterusan, dapatkan nasihat doktor bagi memastikan tiada masalah yang serius
  • Jangan goncang bayi anda dengan kuat kerana ia boleh menyebabkan kecederaan dalaman
  • Jangan beri bayi anda sebarang ubatan kecuali diarahkan oleh anggota kesihatan
  • Jika bayi anda demam selepas mendapat imunisasi, anda boleh memberi sirap paracetamol seperti diarahkan. Jika demam berpanjangan dapatkan nasihat dari anggota kesihatan
  • Jika anda menghantar bayi anda ke Pusat jagaan kanak-kanak, pilihlah yang selamat, bersih dan tidak ramai bilangan kanak-kanaknya. Sekiranya anda ingin menghantar anak anda ke Pusat asuhan, pastikan:
  1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  2. Persekitaran yang selamat dan bersih
  3. Mempunyai penjaga yang terlatih
  4. Anda dibenarkan melawat anak pada bila-bila masa

No comments:

Post a Comment