"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

02 March 2010

Bimbingan Awal : 1 Bulan (Lawatan Ke Klinik)

  • Anda boleh meneruskan penyusuan susu ibu semasa bekerja (Jururawat akan mengajar dengan menggunakan risalah berkaitan penyusuan susu ibu semasa bekerja)
  • Makanan pelengkap perlu diperkenalkan semasa bayi berumur 6 bulan
  • Jika anda memilih untk memberi penyusuan susu formula, anda mestilah mensterilkan peralatan penyusuan dengan betul. Dapatkan nasihat dari anggota kesihatan jika anda tidak pasti.
  • Bayi anda tidak sepatutnya ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan
  • Posisi yang disyorkan untuk meletakkan bayi semasa tidur ialah dengan cara terlentang dan bukan meniarap atau mengiring
  • Jangan mengoncang bayi anda dengan kuat kerana ia boleh menyebabkan kecederaan dalaman
  • Jangan guna buaian kerana ia boleh menyebabkan kecederaan yang teruk
  • Gunakan kerusi keselamatan bayi/kanak-kanak yang selamat dalam kereta ketika dalam perjalanan.

No comments:

Post a Comment