Susu merupakan asas pembiakan yang sesuai bagi bakteria yang menyebabkan gastroenteritis, sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa bayi muda. terdapat beberapa perkara petunjuk yang perlu anda ikut dengan berhati-hati. Tetapi yang paling utama ialah peraturan penting, iaitu anda mesti membasuh dan mensterilkan semua peralatan sebelum digunakan. Peraturan ini mesti dipatuhi selagi anda menyusukan bayi anda menggunakan botol. Pada akhir penyusuan, bilas botol dan puting susu dan ketepikan. Anda perlu membasuh dan mensterilkan botol tersebut serta menyediakan penyusuan yang baru apabila hanya tinggal dua botol penyediaan tersedia di dalam peti sejuk anda.
Membasuh
Membasuh
- Letakkan semua botol, puting susu, penutup, gegelang, cakera, corong, sudu dan pisau yang telah dibilas ke dalam air sabun panas. Basuh dengan sempurna.
- Gosok bahagian dalam botol tersebut dengan berus botol untuk mengasingkan semua kesan susu. Gosok dengan cermat di sekeliling leher botol serta jalur skrunya.
- Sapukan garam di bahagian dalam puting dan gerakkan ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurut hujungnya, tindakan mengikis mengasingkan kesan susu.
- Bilas botol, puting susu dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air yang mengalir. Gunakan pin untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu.
Mensteril
- Isikan tangki (bekas) dengan air sejuk dan tambahkan pil atau cecair pensterilan. Apabila pil tersebut telah larut, letakkan peralatan ke dalamnya dengan memenuhkan botol dengan air supaya botol tidak terapung.
- Goyang semua benda ke sekeliling sehingga anda tidak melihat sebarang gelembung udara. Di mana sahaja udara terperangkap, peralatan tidak akan menjadi steril. Letak bekas apungan ke dalam dan tutup tangki (bekas).
- Biarkan sekurang-kurangnya masa yang minimun, kemudian keluarkan peralatan apabila diperlukan dan bilas dalam air mendidih. Keringkan di atas kertas dapur.
Nota:
- Biarkan semua peralatan di dalam air dengan meletakkan bekas apungan.
- Pastikan tidak ada gelembung udara terapung di dalam botol.
- Letakkan puting susu secara terbalik ke dalam. jika tidak, udara akan terperangkap di dalam puting dan puting tidak akan menjadi steril.
No comments:
Post a Comment