- Proses stimulasi adalah penting untuk meneruskan laktasi atau pengaliran susu, adalah penting ibu terus menyusu bayi pada masa ibu berada di rumah dan pada hujung minggu dan hari-hari kelepasan, anda akan merasa kepenuhan atau lebihan takungan susu setiap selepas hari kelepasan/cuti. JANGAN mengharapkan dengan memerah susu sahaja boleh mengekalkan bekalan susu ibu.
- Perahan susu ibu sebaiknya diberikan oleh pengasuh
- Perahan susu ibu boleh diberikan kepada bayi dengan menggunakan sudu kecil/cawan.
- Minum air secukupnya dan makan makanan seimbang
- Cuba mengambil masa untuk berehat kerana ini penting untuk penghasilan susu ibu.
- Bangun dari tidur lebih awal (20 minit) dan susukan bayi walaupun di asedang tidur atau separuh tidur, ini membuatkan bayi kenyang dan tenteram sementara ibu bersiap untuk pergi bekerja.
- Bersarapan dengan makanan yang mengeyangkan dan susukan bayi sekali lagi sebelum keluar bekerja.
- Sementara menunggu ibu pulang, beritahu pengasuh supaya susu sekadar mencukupi keperluannya untuk menghilangkan dahaga. Ibu mungkin akan mengalami rasa 'kepenuhan' di kedua-dua buah dada dan mengharapkan bayi akan menghisap sepuasnya sejurus sampai di rumah
- Ibu harus susukan bayi secepat mungkin (30 minit) sebaik sampai di rumah
- Susukan bayi pada kedua-dua belah buah dada. Ini adalah amalan yang sangat digalakkan
- Bila tiba-tiba terdapat tumpahan susu dan membasahi baju. Gunakan 2 jari dan beri tekanan bahagian puting buah dada beberapa minit. Gunakan alas bayu dalam (nursing pads) dan amalkan menukarnya selalu bila basah. Ini boleh mengelakkan daripada sakit puting. Ketumpahan susu boleh juga berlaku apabila ibu teringatkan bayi
- Jangan biarkan buah dada djpenuhi susu lebih dari 3 jam tanpa memerah susu. Ini boleh membuatkan ibu tidak selesa dan terjadinya bengkak susu (engorgement). Perahkan susu keluar sambil mengurut perlahan-lahan untuk melegakan rasa keperitan, jika perlu lakukan demahan sejuk (untuk hilangkan sakit) dan lakukan demahan panas (untuk galakkan pengaliran susu)
Memerah Susu
- Ia menyebabkan bekalan susu ibu tidak putus
- Ia merupakan makanan terbaik untuk bayi
- Ia mengurangkan risiko bayi terdedah kepada pelbagai penyakit dan alahan
- Ia mengelakkan dan mengurangkan bengkak buah dada
- Ia mengelakkan infeksi atau terjadinya radang buah dada (mastitis)
Ibu-ibu yang sudah biasa memerah susu mereka boleh memperolehi susu yang banyak dalam 15 - 20 minit. Kuantiti susu yang diperolehi berbeza-beza pada setiap masa perahan yang dibuat. Umur dan berat badan bayi juga menentukan kuantiti susu yang perlu ditinggalkan untuk bayi.
Di tempat kerja memerah susu boleh dilakukan di mana-mana, asalkan tidak menarik perhatian ramai.
- Di ruang pejabat bertutup
- Dalam bilik stor yang bersih
- Dalam surau atau bilik sembahyang
Sekiranya anda terpaksa memerah di tempat yang ada kebersihannya, gunakan pump susu dimanas susu ibu akan terus masuk ke dalam botol. Ini untuk menjamin kebersihan dan mengelakkan daripada terdedah kepada pertumbuhan bakteria.
Memerah dengan tangan untuk mengurut buad dada bagi memerah susu, tekankan kedua-dua belah tangan secara mendatar di atas kedua-dua buah dada. Lengan mestilah tegak ke tepi sambil menekan dengan kuat, gerakkan jari dengan perlahan ke bahagian puting dan areola. Untuk mengeluarkan susu dari laktiferous sinus. Tekan dengan perlahan-lahan bahagian areola menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
Susu perlu diperah ke dalam bekas yang telah dibersihkan. Gunakan bekas yang berlainan setiap perahan dibuat. Bila menggunakan pump susu pastikan bahagian pump yang bersentuhan dengan susu mestilah dibersihkan setiap kali digunakan. Harus juga berhati-hati supaya pump yang digunakan dengan sedutan yang kuat. Ini boleh menyebabkan puting terasa sakit.
Ibu akan merasa selesa sekiranya mereka berpakaian yang longgar serta mudah ditutup dan diangkat dari bahagian depan. Pakaian yang berzip atau berbutang dibelakang adalah tidak sesuai untuk memerah susu. Contoh baju kurung, baju kedah atau pakaian sepasang seperti blaus dan skirt adalah bersesuaian.
Reflek 'let down' atau pancutan susu adalah penting untuk ibu mendapatkan susu yang banyak semasa memerah. Takungan susu tidak akan keluar sekiranya keadaan ibu tidak tenteram dan releks. Proses 'let down' akan berlaku bila ibu menggambarkan wajah bayinya sedang menghisap susu semasa memerah susu.
Cara untuk mendapatkan reflek 'let down':

- Releks dan perah susu di tempat yang sunyi dan jauh daripada kebisingan
- Letakkan tuala suam (demah) atas buah dada
- Urut buah dada perlahan-lahan dan cuba bayangkan wajah bayi anda sedang menyusu. Jika memerah susu dirumah tunggu sehingga 30 - 40 minit selepas anda menyusui bayi sebelum membuat perahan. Perahan ini memberi masa untuk kilang susu membuat tambahan.
Cara yang mudah untuk melarutkan perahan susu ibu yang beku, letakkan bekas dilaluan air terus (air dari paip) kemudiah barulah direndam di dalam mangkuk yang berisi air suam. Jangan menggunakan air terlalu panas kerana ini boleh membuat susu berbintil.
Adalah lebih mudah jika bekas yang berisi perahan susu ibu yang beku diletakkan di bahagian penyejuk (bahagian bawah) kira-kira 6 - 8 jam sebelum digunakan. Cara ini akan memudahkan untuk melarutkan susu beku ini.
Pastikan susu yang telah dipanaskan mencapai suhu badan, uji suhunya dengan menitik beberapa titik susu dibahagian lengan.
Jangan memasak perahan susu, tidak digalakkan memanaskan didalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven), kemungkinan akan kehilangan khasiat susu ibu dan juga kepanasannya tidak menentu. Ini akan membahayakan jika diberi kepada bayi.
Susu yang mendap akan menjadi 2 lapis, ini adalah perkara biasa. Anda hanya perlu menggoncangkan botol sebelum digunakan.
Simpan perahan susu ibu dengan kadar kuantiti yang sedikit (70 - 80 ml) dalam setiap botol/bekas. Cara ini akan mengelakkan daripada pembaziran kerana susu yang telah dipanaskan harus dihabiskan dalam masa satu jam.
Susu mudah terdedah dengan jangkitan pertumbuhan bakteria. Pastikan semua botol/bekas sudu/cawan kegunaan bayi terjamin bersih. Basuh tangan sebelum menyusui bayi atau selepas menyalin lampin.

salam kak engku..
ReplyDeletenak tny la kak..biasanya saya pump susu..boleh dpt dpt up to 6oz..tp skrg ni nak dpt 3oz pon susah kak...Susu ada, tp bila saya pump dia macam xkuar la kak. so mcmana eh kak? saya belum plan nak bg formula milk utk anak lagi.
boleh dptkan ulasan dr akak.