Adakah Anda Berisiko?
- Kandungan Pertama
- Mengandung kali ke enam atau lebih
- Umur kurang dari 18 tahun
- Umur lebih dari 40 tahun
- Kandungan sulung pada umur 35 tahun atau lebih
- Jarak Kehamilan kurang dari 2 tahun atau lebih dari 5 tahun
- Riwayat buruk kandungan yang lalu
- Penyakit-penyakit sebelum dan semasa hamil
- Pendarahan semasa hamil
- Kandungan Kembar
- Kedudukan Janin Luar Biasa
- Anaemia
- Kelahiran tidak cukup bulan(pramasa)
- Pecah Mentuban sebelum masa
Kenapa Keadaan Ini Meningkatkan Risiko Ibu Hamil?
1. Kandungan Pertama:
- Ibu tidak berpengalaman dan tidak pernah melalui proses bersalin
- Para Ibu yang mengandungkan anak yang ke enam atau lebih didapati lebih mudah mendapat komplikasi seperti pucat, tekanan darah tinggi, kedudukan janin yang tidak tetap dan pendarahan
- Usia semasa hamil juga mempengaruhi kesihatan ibu. Seseorang ibu yang hamil pada lingkungan usia remaja atau usia yang telah menjangkau melebihi dari 35 tahun lebih kerap menghadapi komplikasi kehamilan
- Bayi yang sihat bergantung kepada kesihatan ibu. Taraf kesihatan ibu dan anak dapat dipertingkatkan sekiranya jarak antara tiap-tiap kelahiran ialah dua atau tiga tahun
- Keadaan yang sama boleh berulang lagi pada kandungan semasa. Oleh itu berikanlah maklumat ini kepada anggota kesihatan yang memeriksa anda.
- Para ibu yang hamil perlu memberikan maklumat berkaitan dengan masalah kesihatan yang dialami seperti penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang, lelah dan sebagainya.
- Penyakit ini akan menjadi semakin teruk semasa hamil dan anda memerlukan pengawasan lebih teliti
- Sebarang pendarahan semasa hamil adalah luar biasa.
- Segeralah mendapatkan pemeriksaan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan
- Para ibu yang hamil kembar kerap mengalami kelahiran tidak cukup bulan dan tumpah darah selepas bersalin
- Ibu akan melalui proses kelahiran yang sukar sekira kedudukan janin luar biasa seperti kedudukan songsang dan melintang
- Pucat kerana sel darah merah tidak memperolehi zat besi dan zat folat yang mencukupi. Juga boleh disebabkan oleh peristiwa seperti tumpah darah akibat keguguran atau terlalu kerap mengandung
- Elakkan anaemia dengan mengambil makanan seimbang dan jika perlu ditambahkan dengan pengambilan vitamin, zat besi dan folat mengikut nasihat anggota kesihatan terlatih
- Kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan rapi di hospital
- Keadaan ini mendedahkan ibu dan bayi kepada jangkitan kuman
- Sila ke hospital segera jika berlaku untuk dapatkan rawatan
Tanda-tanda AMARAN semasa HAMIL
AWAS sekiranya berlaku tanda-tanda berikut:
- Demam yang tinggi
- Sakit bersalin sebelum masa
- Pecah mentuban bila-bila masa
- Bengkak kaki
- Letih lesu
- Sesak nafas
- Sakit kepala
- Pucat
- Penglihatan kabur
- Sakit ulu hati
- Loya dan muntah-muntah yang teruk
- Tiada peningkatan berat badan
- Peningkatan berat badan yang berlebihan
- Janin kurang bergerak atau tidak aktif
- Pembesaran rahim tidak sepadan dengan jangkamasa kehamilan
- Darah keluar dari faraj
Langkah-langkah yang patut diambil sekiranya terdapat TANDA-TANDA AMARAN
- Sekiranya terdapat tanda-tanda amaran, dapatkan pemeriksaan kesihatan segera
- Ikuti dengan sepenuhnya semua nasihat dan panduan yang diberikan oleh doktor dan jururawat
- Dapatkan keterangan yang lebih lanjut dari klinik atau hospital berkaitan masalah kesihatan yang puan alami
- Bersalin di Hospital
*Mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal dan mendapatkan khidmat dari anggota kesihatan adalah penting untuk Keibuan Yang Selamat
No comments:
Post a Comment