Sekiranya anda mengambil tindakan berjaga-jaga di bawah, sepatutnya dapat melindungi bayi anda daripada bakteria yang menyebabkan sakit perut atau gastroenteritis.
- Sterilkan semua peralatan penyusuan sebelum digunakan, walaupun peralatan baru.
- Jika anda tidak mempunyai peti sejuk, bancuh setiap penyusuan hanya apabila anda memerlukannya.
- Jika bayi anda tidak menghabiskan susunya pada suatu masa penyusuan, buang susu berlebihan. Jangan simpan susu untuk penyusuan berikutnya kerana air liur bayi anda telah mencemari susu tersebut.
- Buang sebarang susu yang telah dipanaskan untuk bayi anda, walaupun bayi anda tidak menyentuhnya. Proses pemanasan susu mengalakkan bakteria membiak.
- Jangan simpan bancuhan susu di dalam peti sejuk selama lebih 24 jam.
- Biarkan botol di dalam larutan pensterilan sehingga anda memerlukannya (pensterilan berkesan selama 24 jam) supaya botol tidak dicemari oleh bakteria di dalam udara.
- Keluarkan puting susu selepas suatu masa minimum, keringkan di atas kertas dapur, kemudian simpan di dalam balang yang steril.
- Jangan keringkan peralatan steril di atas papan pengering atau pada tuala teh. Keringkan di atas kertas dapur, dan lap kering pisau sahaja dengan menggunakan kertas dapur.
- Basuh tangan anda sebelum anda menyentuh peralatan steril.
Apabila Keluar Rumah
Jika anda hendak keluar rumah untuk lebih daripada 2 jam, bancuh sejumlah penyusuan seperti biasa dan sejukkan di dalam peti sejuk. Masukkan botol yang didinginbekukan ke dalam kotak perkelahan berpenebat dengan sedikit bungkusan ais, dan simpan hingga selama lapan jam. Ambil termos yang berisi air panas dan panaskan botol anda di dalamnya apabila diperlukan. Jangan sesekali membawa penyusuan panas di dalam termos. Bakteria akan membiak dan mungkin menyebabkan bayi anda sakit perut.
Bancuhan susu tersedia di dalam kotak adalah lebih mudah digunakan apabila anda berada jauh dari rumah. Susu tersebut telah dirawat oleh haba yang tinggi. Oleh itu, susu itu hanya perlu disimpan di tempat yang sejuk untuk memastikannya selamat. Bawa botol dan puting susu steril bersama-sama anda di dalam beg plastik, dan tuangkan bancuhan susu tersebut apabila bayi anda memerlukannya.
No comments:
Post a Comment