"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

22 February 2010

Bimbingan Awal : Hari ke 6 Selepas Lahir

  • Teruskan penyusuan dengan susu ibu.
  • Untuk mempercepatkan dan memperbanyakkan penghasilan susu:
  1. Susukan bayi 8 - 12 kali sehari dan mengikut kehendak bayi
  2. Jika bayi tidur lebih dari 2 jam, kejutkan untuk penyusuan
  3. Pastikan bayi juga disusukan di sebelah malam
  4. Jangan beri minman atau makanan lain selain daripada susu ibu
  • Dapatkan imunisasi untuk bayi anda mengikut jadual untuk melindunginya daripada mendapat penyakit yang teruk.
  • Susukan bayi anda sepenuh masa dalam masa enam bulan bulan pertama dan teruskan penyusuan ibu sehingga anak berumur dua tahun. Kerap membuang air besar adalah normal bagi bayi yang diberi susu ibu.
  • Jangan goncang bayi anda dengan kuat kerana ia boleh menyebabkan kecederaan dalaman.
  • Jangan guna buaian kerana ia boleh menyebabkan kecederaan yang teruk
  • Daftar kelahiran bayi anda dalam masa 14 hari

4 comments:

  1. kak engku,
    saya decide nak bagi susu ibu (breastfeeding) pada baby yang bakal dilahirkan nnati... soalan saya... ada effect pada baby tak kalau si ibu makan jamu2 nih?? saya dengar org citer baby takmau susu ibu lagi jika dah ambil jamu?

    ReplyDelete
  2. khai: takde la effect sampai baby tak nak minum, cumanya kalau badan terasa panas, khai kurangkanlah dos pengambilan ubat tu ye.

    ReplyDelete
  3. kak engku:
    saya ragu, macam mana kalau susu ibu tak mencukupi untuk anak yang baru lahir...boleh ke bagi susu formula? dan susu brand ape yang sesuai yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Klau puan tahu betapa bagus n baiknya susu ibu, puan takkan buat pilihan untuk cari susu lain selain dari susu ibu. Susu ibu mmg mencukupi untuk bayi. Dan tak perlu tambahan susu formula. Bg lah bb hisap sekerap yg mungkin....insyaallah.

      Delete