"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

22 February 2010

Bimbingan Awal : Hari ke 3 - 5 Selepas Lahir

  • Teruskan penyusuan dengan susu ibu. Untuk mempercepatkan dan memperbanyakkan penghasilan susu:
  1. Susukan bayi 8 - 12 kali sehari dan mengikut kehendak bayi
  2. Jika bayi tidur lebih dari 2 jam, kejutkan untuk penyusuan
  3. Pastikan bayi juga disusukan di sebelah malam
  4. Jangan beri minman atau makanan lain selain daripada susu ibu
  • Bayi anda tidak sepatutnya ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan
  • Posisi yang disyorkan untuk meletakkan bayi semasa tidur ialah cara terlentang dan bukan meniarap atau mengiring
  • Penggunaan puting tiruan adalah tidak digalakkan

No comments:

Post a Comment