- Susukan bayi anda dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan pertama dan teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur dua tahun. Kerap membuang air besar adalah normal bagi bayi baru lahir yang diberi susu ibu.
- Pastikan bayi anda menyusu dengan cara yang betul:-
- Pegang bayi dengan erat, seluruh badan mengadap ke payudara dan ampu punggung bayi
- Pastikan kepala dan bahagian belakang badan bayi adalah selari
- Semasa menyusu, pastikan banyak tampuk hitam payudara masuk ke dalam mulut bayi
- Pastikan ibu dalam posisi menyusu yang selesa
- Jangan beri air minuman manis atau makanan lain selain daripada susu ibu
- Jika bayi tidak menyusu dengan baik, dapatkan nasihat daripada anggota kesihatan dengan segera
- Bayi anda mungkin mengalami jaundis dalam beberapa hari selepas lahir. Dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin apabila jaundis dikesan. Jangan jemur bayi anda.
- Jangan goncang bayi anda dengan kuat kerana ia boleh menyebabkan kecederaan dalaman
- Jangan guna buaian kerana ia boleh menyebabkan kecederaan yang teruk.
salam,kak breast pump medela harmony ada lg x dengn price rm190 tu?
ReplyDeletewsalam, breastpump masih lagi harga rm290.00, tapi stok baru masih tak sampai lagi.
ReplyDelete