Faedah-faedah Urutan Bayi:
1. Membantu pembesaran fizikal bayi
2. Menguatkan ketahanan tubuh badan
3. Membina keyakinan diri
4. Membantu bayi berasa tenang dan selesa
5. Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi
Langkah-langkah permulaan:
1. Membantu pembesaran fizikal bayi
2. Menguatkan ketahanan tubuh badan
3. Membina keyakinan diri
4. Membantu bayi berasa tenang dan selesa
5. Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi
Langkah-langkah permulaan:
- Pastikan anda berkeadaan selesa dan tidak terganggu selama 15 minit. Mainkanlah muzik yang agak perlahan untuk menenangkan perasaan anda dan bayi anda.
- Pastikan keadaan bilik sederhana panas sepanjang waktu mengurut. Bentangkan selimut atau kain yang lembut untuk bayi dibaringkan
- Urutan paling sempurna dapat dilakukan jika bayi bertelanjang, sebaik-baiknya selepas mandi. Walau bagaimana pun, urutan juga dapat dijalankan semasa bayi berpakaian.
- Minyak bayi yang lembut boleh mengurangkan geseran ke atas kulit bayi. Gosok kedua-dua belah tangan untuk memanaskan tangan sebelum menyentuh bayi anda. Sapukan minyak secukup di tangan anda supaya anda boleh mengurut dengan lebih mudah
- Bermulalah dengan sentuhan yang lembut. Tambahkan tekanan secara perlahan-lahan apabila anda semakin yakin dan bayi anda berasa lebih selesa dengan urutan anda
- Pandanglah mata bayi anda, menyanyi atau bercakaplah dengannya sambil mengurut
- Seelok-eloknya anda mengurut pada waktu yang sama setiap hari, agar bayi dapat merasainya sebagai satu rutin
- Adalah disyorkan untuk anda bermula dari kepala hingga ke hujung kaki, kemudian baru beralih ke bahagian belakang bayi
Perkara Yang Perlu Diingat
- Urutan harus dilakukan dengan kerjasama sepenuhnya daripada bayi. Mengurut bayi merupakan satu aktiviti terapeutik dan ia boleh dilakukan melalui perasaan kasih sayang di samping mewujudkan suasana bergurau senda dan mesra
- Ingat, anda bagaikan cermin pada bayi anda. Dia akan mengikut tingkahlaku anda, jadi pastikan anda bersedia dan tenang sebelum bermula
- Kadang-kala bayi mungkin berasa letih, maka tiada rangsangan diperlukan. Bayi perlu berehat. Cubalah untuk mengurut bayi anda selepas bangun tidur
Nota: Nikmatilah saat - saat yang meriangkan bersama si manja anda . Ada 6 jenis urutan yang akan diberikan mulakan dari kepala hingga ke hujung kaki bayi anda
No comments:
Post a Comment