"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

11 February 2010

Alahan Semasa Kehamilan

Kembung perut, pedih hulu hati, loya dan muntah. Mengikut kefahaman perubatan moden, punca berlakunya masalah kembung perut, pedih hulu hati serta loya dan muntah tidak diketahui dengan jelas.


Namun, dipercayai masalah tersebut ada kaitan dengan perubahan hormon. Lazimnya berlaku antara minggu ke-6 hingga ke-14 iaitu pada awal kehamilan. Jika ibu mengalami masalah muntah-muntah yang serius, beliau mesti mendapatkan pemeriksaan kesihatan.


Mengikut ilmu perbidanan Melayu, masalah tersebut berpunca daripada deria rangsang yang tidak seimbang dan mengakibatkan keluaran berlebihan bahan asam dalam perut, yang menyebabkan pedih hulu hati. Oleh yang demikian, ibu hamil hilang selera makan, menyebabkan angin lendir asam berkumpul dan mengakibatkan kembung.


Difahamkan juga, akibat kelemahan deria rangsang, ibu hamil akan mudah berasa loya dan seterusnya muntah-muntah.



Rawatan

IBU hamil dinasihatkan supaya mengelakkan pengambilan makanan jenis berminyak atau bertumis, pedas, berempah atau hanyir. Selain itu, disyorkan juga meminum air rebusan halia yang suam panas.



Resipi Air Halia


Bahan:

10-12 cm halia muda

2 helai daun pandan

sedikit gula Melaka atau gula kabung


Cara:


Rebus halia muda yang dipotong nipis sebanyak 20 keping. Masukkan daun pandan dan gula Melaka / kabung sebagai pemanis.



Petua Lain Untuk Menghilangkan Loya Dan Muntah


Makanlah nasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang kicap berserai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama ini berupaya membantu mengurangkan rasa loya, di samping menjauhi penyakit asam perut (gastrik)

Sebagai makanan ringan bagi menghilangkan rasa loya, ibu disyorkan memamah sedikit gula, asam atau garam yang digaul, seperti asam boi atau jeruk halia muda. Jeruk halia juga dapat melawaskan pembuangan angin.


Deria rangsang ialah istilah perbidanan Melayu yang merujuk kepada hormon dan sistem endokrin.


7 comments:

  1. salam Kak Engku...,

    saya terlalu teruk pada alahan tetapi masih tidak muntah teruk. kalau muntah pun keluar lendir yang sangat asam.... sy juga tidak boleh berdiri lama dan menjamah apa2 makanan... saya akan mencuba resipi halia akak. doakan saya semoga saya berjaya kerana sy dah beberapa hari xdpt pegi kerja....

    -wzz@along-

    ReplyDelete
  2. wsalam, banyakkan rehat ye, moga sihat cepat

    ReplyDelete
  3. salam kak, saya tidak muntah2 tetapi selalu loya terutamanya pagi dan malam. Saya juga selalu rasa kembung perut dan sakit dada apabila terlebih makan... adakah itu normal?? Perut saya juga nampak kembung dan besar walaupun baru 10minggu. saya selalu minum Eno Halia tetapi kurang membantu.... Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam farihah,
      Keadaan yg dialami adalah normal. Cuba elakkan minum eno halia waktu hamil ye. Jg waktu makan n jgn biarkan perut kosong. Tq

      Delete
  4. Salam kak engku,sy skrg nie bdan asyik xsedap je,cpt letih..kalu blh spjg hari sy nk tdo,sjak akhir2 nie perut sy selalu kembung,kdang2 senak..demam plk dlm sbuln nie nk msuk dua kali deman,sakit tekak...pg2 kdang2 rsa loya,pning kpla smpai xblh than la..apa kah sintopm yg sy alami..adakah sy mgandung....nk chek gne prgnentcy test takut kcewa..sbb dh prnh mengharap tp ble chek kcewa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam nadiah,
      Maaf akak pun tak sure. Klau lewat period 2 minggu blh check kencing. Jgn terlalu berharap n stress ye. Nanti kecewa. Tq

      Delete
  5. assalamualaikum..kak engku...kalau kandungan baru msk 2bln,,,bleh mkn halia ke,,,sbb perut sy kembung tiap2 mlm xboleh tido....saya takut nk makan halia,,,

    ReplyDelete