"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

24 February 2014

Tip 'Meneran' Waktu Bersalin

Meneran? Pasti yang terbayang di benak Ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasai cara meneran yang baik dan betul.

Waktu Mula Meneran

* Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

* Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran

* Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….selamat bersalin.

11 comments:

  1. moga jadi panduan..due awal nov ni..

    ReplyDelete
  2. nini: InsyaAllah....dan Jgn Lupe Tambah Lagi Ilmu n Info Kehamilan.

    ReplyDelete
  3. gud tips ni kak..hrp2 sy dpt praktikkn nti..

    ReplyDelete
  4. hernee nazir: alhamdulillah, praktik dan hafal betul2 ye....insyaallah dipermudahkan bila bersalin nanti...amin amin amin

    ReplyDelete
  5. akak...mcm mana nak teran supaya x koyak lagi untuk anak kedua dan seterusnya...tq

    ReplyDelete
  6. sya: tip nye takde la, tapi klu nak teran kene tunggu betul betul fully, masa tu doktor ataupun nurse akan bagitahu waktu yg sepatutnye untuk meneran, jgn meneran sebelum waktunye tau, ini boleh membuatkan koyakan yg lebih teruk.

    ReplyDelete
  7. sy nak tanya..masa meneran tu..lepas nafaskan..bila dah habis nafas tu perlu tahan nafas or teruskan tarik nafas dan meneran....meneran tu udara keluar dari mulut ke hidung..tq

    ReplyDelete
  8. salam nieza,
    iya masa meneran tu lepaskan nafas. Teruskan tarik nafas dan meneran. Meneran tu udara mesti dikeluarkan melalui mulut. Moga dipermudahkan dan moga selamat bersalin. Amin

    ReplyDelete
  9. Assalam..kalo time kontraksi ape perlu kite buat..kite x leh terankan time tu?..wktu anak pertama suami dok sblah n die ajar suh tarik nafas, teran n lepas nafas..sepatutnya x leh camtu kan?..dlm labour room kami berdue je time tu..nurse n doc x de..saya pulak ikut je ape yg suami ckp tepi telinga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam aniesue,
      Ikutlah apa yg suami ajar ye bila ada kontraksi. Tq

      Delete