"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

12 January 2010

Barang Keperluan Bersalin

Waktunya hampir tiba. Perasaan anda ini pada waktu ini pastinya sedikit tegang dan bercampur bahagia kerana tidak lama lagi, anda akan melihat wajah si kecil anda. Walaupun doktor telah menentukan tarikh kelahiran, namun begitu, masih ada kemungkinan waktu kelahiran tersebut boleh berlaku lebih cepat. Jadi, adalah baik jika anda dapat menyediakan barang-barang yang perlu dibawa ke hospital pada hari kelahiran tersebut. Lakukan persediaan 2 minggu lebih awal dari tarikh kelahiran yang dijangkakan. Pasikan tidak ada barang yang tertinggal, jika tidak, ia mungkin akan menimbulkan suasana kelam-kabut. Oleh itu jangan berlengah lagi, mulakan dengan mencari beg sekarang, kemudian, masukkan barang keperluan yang disenaraikan ini. Mudah-mudahan senarai ini dapat menjadi panduan kepada anda. Insya Allah.


Keperluan Ibu:
(Masukkan Ke Dalam Satu Beg)

Kad Pengenalan Diri, Buku Mengandung (Kad Pemeriksaan Kesihatan Ibu Hamil), Kad Insuran Kesihatan, Kain Batik, Selipar, Stokin, Minyak (Dari Set Produk Bersalin yang anda beli), Pad (Tuala Wanita), Tali pad (jika perlu), Pakaian Dalam, Seluar Dalam Pakai Buang (jika ada), Breast Pump, Selipar, Bahan-Bahan Bacaan (jika perlu), Kelengkapan Mandi (Tuala, Berus Gigi, Pencuci Muka), Perlengkapan Kecantikan, Baju Yang Akan Digunakan Untuk Pulang (Pilih Yang Longgar Dan Butang Di Depan Agar Mudah Untuk Menyusukan Bayi), Termos, Gelas, 'Mineral Water', Makanan Ringan (Roti, Biskut Dan Sebagainya), Minuman Segera (Misalnya ; Milo, Nesvita Dan Sebagainya) Dan Lain-lain Barang Yang Difikirkan Perlu.


Kelengkapan Bayi:
(Masukkan Di Dalam Satu Beg)

Kain Lampin, Kain Selimut & Pakaian, Sarung Tangan dan Sarung Kaki, Tuala, Bedak Bayi, Minyak Bayi , Pampers, Tisu Basah, Botol & Susu (Ada Sesetengah Hospital Tidak Menggalakan Ibu Membawa Botol Susu, Ini Adalah Bertujuan Agar Ibu Memberikan Susu Badan Sepenuhnya Kepada Bayi), Bekas Bertutup Untuk Menyimpan Susu Perahan (jika ada) dan lain-lain yang dirasakan perlu.


Keperluan Ayah:

Kamera / Handycam, Filem, Bateri / Charger, Pakaian, Makanan Ringan, Buku, Majalah Sebagai Bahan Bacaan dan lain-lain yang dirasakan perlu.

Semoga senarai ringkas ini dapat memberikan serba sedikit informasi yang berguna kepada anda untuk menempuh saat-saat kelahiran bayi anda. Selamat melahirkan bayi dan selamat mendapat cahaya mata yang soleh & solehah. Insya Allah.

7 comments:

  1. as salam kak engku,

    FYI, saya akan dijangka bersalin pada hujung tahun ini. saya bercadang ingin menyusukan baby selepas kelahiran.
    saya nak tanya, Breastpump adakah perlu dibeli sebagai langkah persediaan awal @ hanya dibeli untuk keperluan akan datang sahaja?

    TQ

    ReplyDelete
  2. nida: wsalam, klu nak fully bfeeding, dan kita lak bekerja, pam susu nie adalah satu kemestian. seeloknya kita kene beli sebelum kelahiran lagi, sebabnye klu baby kene tahan kat wad kerana kuning dan sebagainya, dan waktu tu susu sudah memenuhi payudara kita dan membengkak, masa tu pam susu sgt diperlukan bagi memerah susu tersebut.

    ReplyDelete
  3. i see..
    kak ada jual medela harmony breastpump tu kan, harga still rm190 lagi ke?
    Apa aksesori yang disertakan dalam set tu ye?

    ReplyDelete
  4. nida: harga masih rm190.00 + kos pos free, aksesorinye seperti dlm post entri akak kat medela harmony tu hehehe

    ReplyDelete
  5. salam kak engku,medela harmony breastpump tu guna manual ke elektrik.. sy bersalin bulan 2 insyaAllah.. nak buat persiapan serba sikit.. :)

    ReplyDelete
  6. norazita: wsalam, medela harmony nie bpump manual je tak pakai elektrik.

    ReplyDelete