"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

12 January 2010

Saat Kelahiran Bayi

Akhirnya, tiba juga hari yang dinanti-nantikan. Setelah 9 bulan mengandungkan cahaya mata anda, sudah pastinya, inilah hari yang paling mendebarkan dan bakal menggembirakan anda. Sekarang anda di bilik bersalin. Perasaan mula berdebar, bertambah berdebar apabila mendengar suara pesakit yang sedang sakit ingin melahirkan bayi di sebelah bilik bersalin anda, tiba-tiba anda pula terbayangkan proses kelahiran yang perlu anda lalui. Bagaimana mengatasi perasaan berdebar-debar dan gemuruh ini.

Bertenang, apa yang penting sekarang ini adalah ingatkan kembali apa yang anda telah pelajari berkaitan dengan proses kelahiran, kerana ia akan anda praktikan sebentar lagi. Mungkin ini akan membuatkan anda berasa lebih tenang, dan bersedialah menghadapinya. Ikutlah nasihat dan arahan dari Doktor dan Jururawat yang bertugas. Percayalah, segala sesuatu yang bermula pasti akan berakhir. Apa yang penting, tabahkan hati, kuatkan semangat dan berdoalah kepada Allah agar memudahkan proses kelahiran ini. Insya Allah dengan izin Nya segalanya akan menjadi mudah, Insya Allah.

Mengenali Tanda-Tanda Kelahiran

Pada waktu ini, sememangnya, anda boleh melahirkan bayi anda pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu, anda perlulah bijak membezakan antara tanda-tanda kelahiran palsu dengan yang betul. Harus diakui, sememangnya agak sukar untuk membezakan antara kontraksi palsu dengan kontraksi yang sebenar.

Sebagai panduan, kelahiran sudah hampir apabila:

Rasa sakit ketika kontraksi bermula dari rahim di bahagian atas, lalu merebak ke bahagian atas tulang kemaluan. Lama-kelamaan kontraksi akan menjadi teratur, serta kesakitannya semakin kuat. Keluar cairan jernih, berwarna putih kekuningan, dan banyak jumlahnya. Ini adalah air ketuban yang pecah dari vagina, keluar lendir bercampur darah.

Fasa 1:
Bermula dari tanda-tanda persalinan dan berakhir ketika pembukaan mulut rahim sudah lengkap.

Seiring dengan terjadinya kontraksi, mulut rahim membuka secara perlahan. Sebagai panduan, pembukaan jalan lahir biasanya diukur dengan sentimeter (cm). Misalnya, pembukaan 3 bererti mulut rahim sudah membuka sebesar 3 cm. Pada pembukaan 8, anda sudah memasuki tahap peralihan. Pada tahap ini, kontraksi sudah agak cepat dan jaraknya lebih pendek, iaitu setiap 2 minit. Pada waktu ini, kepala bayi sudah berada di jalan lahir dan mulut rahim hampir membuka penuh. Tetapi, anda belum boleh meneran, walaupun kepala bayi sudah mula menolak. Kalau dipaksakan juga, ia akan menyebabkan laluan kelahiran terkoyak. Meneran hanya boleh dilakukan apabila pembukaan mulut rahim sudah sempurna, iaitu 10 cm. Berapa lamakah waktu berlangsungnya tahap ini? Ianya berbeza-beza. Untuk kelahiran anak pertama, biasanya, kontraksi akan berlaku diantara 5 jam - 24 jam. Tetapi, bagi kelahiran anak kedua, kontraksi akan berlaku lebih cepat, iaitu 2 jam - 6 jam.

Fasa 2:
Bermula dari saat pembukaan mulut rahim secara penuh hingga kelahiran bayi

Ini adalah pengakhiran bagi “perjalanan” si kecil anda. Ia sudah bersedia untuk dilahirkan. Anda sudah boleh mula meneran. Untuk memudahkan proses pengeluaran kepala bayi, proses meneran haruslah serentak dengan datangnya kontraksi. Oleh itu, ikuti petunjuk doktor agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Pada kebiasaannya , tahap ini akan berlangsung sekitar 2 jam, namun begitu ianya boleh menjadi lebih cepat jikalau anda sudah bersedia melahirkan bayi anda. Pada saat proses kelahiran berlangsung, perineum (antara anus dan vagina) akan meregang dan cenderung merobek. Kalau ini terjadi, doktor akan menggunting perineum anda agar robekan teratur. Pada kebiasaannya, setelah kepala bayi mula menonjol, secara automatik ia akan meluncur sehingga bahu dan bahagian tubuh lainnya akan meluncur keluar dengan mudah.

Fasa 3:
Bermula dari kelahiran sehingga keluarnya plasenta.

Tahap ini biasanya berlangsung selama 20 minit. Pada waktu ini, anda masih mengalami kontraksi. Malahan, kontraksi tersebut akan memudahkan keluarnya plasenta. Biasanya , anda akan diminta untuk meneran lagi. Untuk mengetahui apakah plasenta sudah lepas atau belum, doktor akan “menekan” di bahagian bawah perut anda. Setelah plasenta “dikeluarkan”, doktor akan melakukan penjahitan perineum. Ini hanya akan dilakukan jikalau pengguntingan perineum ada dilakukan sebelum ini atau terdapat robekan di perineum yang berlaku secara spontan.

Alhamdulillah... Aku sudah menjadi ibu

Melahirkan si kecil sudah pastinya menjadi saat yang tidak boleh anda lupakan. Setelah 9 bulan mengandungkannya, kini tibalah masanya untuk anda bersemuka dengan si kecil anda. Ia amat bererti, dan inilah satu tanggungjawab besar yang baru menanti anda. Kini, sudah tiba saatnya anda bergelar seorang ibu. Pastinya. Ianya sesuatu yang sangat-sangat membahagiakan. Alhamdulillah.

6 comments:

  1. Kak,
    Saya nak tahulah...
    1)mengapa pendarahan masih berlaku selepas bersalin sdgkan kita sudah d beri injection utk mgelakkan pendarahan yg banyak
    2)Dari mane pendarahan 2 keluar
    3)Adakah setiap anak yang kita lahirkan akan berlakunya pendarahan yg banyak

    Disebabkan pendarahan & time bsalin agak sukar, saya rasa mcm trauma nak mgandung lg. bkn x nak tambah ank lg, tp bile t'ingat time tu saya takut. Ank pertama ade blaku pendarahan tp lps blk wad saya ok. biler ank kdua yg blakunya pendarahan byk shingga sy di beri injection.Sblm nak jahit doktor tgk ader pendarahan lg. mase tu lah dia kerjakan nak cr kat maner pendarahan tu. tp masa tu sy rasa mcm nak tdo tp sy lawan. mungkin kesan injection. Bila nak blk ke wad sy nak bgn pun mcm nak melayang. sampi d wad saya bg baby pd nurse sbb x larat, rasa mgantuk tp x bleh nak tdo. dan saya pun x bleh naj jln sendiri bcoz biler tunduk sy nak pitam...

    sy citer kan pengalaman ni supaya mudah akk nak jawab. Nanti akak emailkan jwapannya yeaa

    tq kak

    norniyana misni
    li_yanaaz@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  2. salam kak engku,

    saya cuma nak tanya, beza waktu kontraksi antara anak pertama dan seterusnya, berkaitan tak dengan jarak kelahiran?

    Pada pandangan saya, kelahiran anak pertama saya agak mudah dan cepat, adakah kebiasaannya ia berlaku lebih kurang sama, untuk pengetahuan kak engku, anak pertama saya akan masuk umur 6 tahun, dan anak kedua saya insyaallah akan lahir bulan oktober nanti?

    terima kasih.

    Shana
    blund222@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. princess: W/salam, Kontraksi selalunya anak pertama memakan masa yang agak lama, tapi bila masuk anak kedua, kontraksinya akan lebih cepat lagi berbanding yang pertama. Walau bagaimanapun situasi mungkin sebaliknya kerana setiap orang tidak sama waktu kontraksinya.

    ReplyDelete
  4. hai kak, sy ni tengah mengandung anak pertama. sy nak tau la apa maksudnya "kontraksi".

    ReplyDelete
    Replies
    1. kontraksi tu maksudnye sakit nak bersalin, ataupun klu nak tahu kontraksi tu, camni, bile baby mengeras dlm perut kita, haaa tu la kontraksi

      Delete