"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

10 January 2010

Set Bersalin Ibu (Ambar Kenanga)


Set Bersalin Ibu (Ambar Kenanga)










Harga : RM 200.00 (SM) / RM 210.00 (SS)


Kos Penghantaran : PERCUMA


Mengenai Produk :

Ceria dan sihat selepas bersalin dan keguguran. Cuba Set Bersalin Ibu, pantang tetap pantang, Cuma Anda tidak perlu Urut / Sengkak, Tangas, Param / Pilis, Panas / Berbau, Pantang Melampau tetapi kesannya sama seperti berpantang secara tradisional.

Set Bersalin IBU Ambar bukan sahaja sesuai untuk Ibu-Ibu Bersalin Secara Normal atau Pembedahan tetapi juga untuk Wanita Keguguran kurang dari setahun sekiranya lebih dari setahun amalkan SET SAYYIDA AMBAR agar sihat dalaman, mental & fizikal dan memudahkan proses kehamilan semula.

SBI Ambar menurut amalan pantang Timur Tengah yang mengambil rempah ratus seperti ketumbar, cengkih, kulit kayu manis, jintan hitam dan lain-lain untuk mengawal emosi kembali ceria & tenang, mengembalikan tenaga, menaikkan rahim, menguatkan badan wanita selepas bersalin atau keguguran dan memudahkan penyediaan kehamilan semula .

Bezanya ia mudah, ringkas dan tidak banyak produk yang perlu dimakan. Untuk 3 hari Pertama makan 3 produk sahaja iaitu AK IBU, TUJU DARAH & TUJU MEROYAN dan hari-hari seterusnya hanya makan 1 produk iaitu AK IBU sehingga habis. Kesemua Produk kami berbentuk kapsul sayur-sayuran mudah larut.

Cukup ke?? Jawapannya: MEMANG CUKUP sebab setiap kapsul AK IBU dirumus daripada 16 jenis rempah ratus yang mempunyai pelbagai khasiat& kebaikan untuk membaikpulih & menyihatkan kesihatan dalaman wanita bersalin atau keguguran.

Dan Secara Jujur, semasa dalam pantang siapa yang pernah habiskan produk yang dibeli? Kebanyakkan tidak & rasa bersalah! Jadi Apakata cuba SBI Ambar, pantang tetap pantang secara sihat cuma tak payah berparam, berpilis, tangas atau sengkak tetapi kesan pantangnya sama seperti berpantang secara tradisional Melayu/Jawa.

Jangan risau pasal berat badan, perut buncit, angin badan, masalah meroyan dan rahim kerana anda pasti anggun, sihat, ceria & berseri selepas pantang. Ini adalah kerana TUJU DARAH berfungsi sama seperti bertangas atau bersengkak yang dipercayai membantu membaikpulih & menaikkan rahim tanpa perlu disengkak atau diurut .

Manakala TUJU MEROYAN pula dipercayai membantu mengecutkan batu meroyan & mengawal emosi kembali ceria tanpa perlu berparam dan berplis. Dan AK IBU pula membantu membuang angin badan, lebihan air dan menyihatkan badan selepas bersalin atau keguguran kembali anggun

Nasihat kami kepada WANITA KEGUGURAN , bukan Ibu-Ibu Bersalin sahaja yang layak menjaga diri mereka selepas bersalin. Wanita yang mengalami keguguran janin juga harus peka menjaga diri selepas mengalami keguguran tersebut Kenapa ?

Ini adalah disebabkan wanita keguguran telah melalui proses yang sama seperti ibu-ibu yang mengandung hanya tidak sampai ketahap bersalin seperti kebengkakan rahim, perubahan hormon dan emosi. Oleh yang demikian, penjagaan selepas keguguran amat penting untuk memudahkan proses kehamilan semula. Oleh itu, dengan mengambil SBI Ambar membantu mengawal emosi,membaikpulih & menguatkan rahim dan badan agar mereka boleh hamil semula tanpa sebarang tekanan.




Set Sayyida Ambar







Harga : RM 180.00 (SM) / RM 190.00 (SS)


Kos Penghantaran : PERCUMA


Mengenai Produk :

SET SAYYIDA AMBAR merupakan pemakanan lengkap selama dua (2) bulan khas untuk wanita berkahwin sahaja samada mempunyai zuriat ataupun tiada zuriat untuk memberi kekuatan kesihatan dalaman, menambah zuriat atau ingin menimbang cahaya mata, mampu mencapai klimaks serta kepuasan seks, melewatkan proses putus haid, membaikpulih & menguatkan rahim, masalah senggugut, melancarkan perjalanan darah haid sekaligus mengetatkan faraj.

Disamping itu, SET SAYYIDA AMBAR sungguh berkesan untuk sakit angin, bau badan atau faraj, menegangkan buah dada & kulit wajah.


Keterangan & Cara Penggunaan (Klik di sini)

88 comments:

  1. salam k.engku..web akk mmg menarik minat sy..sy ingin tahu lebih lanjut ttg set ambar kenanga..maner yg lebih elok ambar ke NR?sy akan bersalin pd jan ni..tp igt nnti nk order ngn k.engku lah

    ReplyDelete
  2. harga leh kurang lg ker?

    ReplyDelete
  3. Pn: yg nie harganye leh kurang sikit je lagi hehehe

    ReplyDelete
  4. Pn: Wsalam, semua set bersalin ok, tapi ia bergantung kepada individu tu jugak. Perbandingan antara ambar kenanga ngan set nr yg akak boleh ulaskan ialah set ambar nie semuanya dalam bentuk pil (utk rawatan dalaman sahaja) dan tidak ada langsung ubat utk luaran cth spt pilis, param, minyak urut dsbnye. Manakala set NR pula ubatnya ada kapsul, akar herbanika dan juga produk utk rawatan luaran spt minyak herbanika, krim barut herbanika dll, utk makluman kedua-dua set ini tidak mempunyai bengkung ye. ok bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  5. boleh tak kalau saya makan ambar kenanga untuk rawatan dalaman dan turut juga mengamalkan pilis, param, urut, sengkak, bengkung dan sebagainya untuk rawatan luaran.

    ReplyDelete
  6. mimie:salam kak engku..produk utk ambar kenanga kak engku ader jual tak selain set bersalin ambar kenanga..mcm jus ambar kenanga dan minyak ambar kenanga..if nak beli bolh dpt harga kurang ke...:-)

    ReplyDelete
  7. mimie:salam kak engku..produk utk ambar kenanga kak engku ader jual tak selain set bersalin ambar kenanga..mcm jus ambar kenanga dan minyak ambar kenanga..if nak beli ketiga2 produk ni bolh dpt harga kurang ke...:-)

    ReplyDelete
  8. mimie: wsalam, produk ambar semuanye ade akak jual, tapi jus ambar nie akak takde stok sebabnya kene ambik sendiri stok kat supplier (klang), kos pos pun mahal tu yg supplier taknak pos tu hehehe, yg lain-lain tu insyaAllah akak boleh dapatkan.

    ReplyDelete
  9. mimie:kak engku,emailkan saya harga brg + postage...
    if tkderk jus ambar,set bersalin ngan minyak ambar pun ok...email sya mimie_lvrul@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. mimie:okay nanti akak email ye. thanx n jumpa lagi

    ReplyDelete
  11. salam kak engku..bleh x emailkan sy harga set ambar kenanga + minyak ambar + postage sekali ye..kalu dpt diskaun lg bagus;) mekacih..noorsalmi@gmail.com

    ReplyDelete
  12. salmy: wsalam, set ambar nie rm150.00 dan minyak ambar rm19.90 + kos pos free je la ye,tq.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak engku..

    saya keguguran 6hb jan lepas.. kira hingga hari ni dah 42 hari.. tapi sya selalu aje terasa nak pitam terutama kat tempat sejuk macam kat library atau mall.. bila keadaan mcmtu sya seakan demam dan lemah badan.. boleh tak kak engku bagitau kenapa sya jadi macam ni dan apa cadangan akak yer..

    tkasih.

    http://atieaizam.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. salam atie, klau ikutkan masih dalam pantang lagi nie. Akak sarankan jaga pemakanann ambil haematinic dan ambil jamu kacip patimah atau jamu mak dara untuk kesihatan dalaman. Mekasih n jumpa lagi.

    ReplyDelete
  15. salam kak engku..

    sya baru ja keguguran 18hb yg lalu, nak cari SBI di Sabah. Klu by post, nak bank in kak engku Bank apa? dan berapa lama tempoh penghantaran?

    ReplyDelete
  16. wsalam, hehehe thanks ye shopping ngan akak, ok utk set nie, harganye rm150.00 + kos pos free, bank in boleh ke acc maybank @ cimb, barang akak pos guna khidmat pos laju, insyaAllah akan sampai dlm 2@3 hari selepas pembayaran penuh dibuat. tq

    ReplyDelete
  17. salam... kak sy berminat set sayyida. Blh tau harga diskaun n pos. tq

    ReplyDelete
  18. wsalam, klu berminat ngan set sayyida nie akak boleh kurangkan lagi rm5.00 je lagi and kos pos free. tq

    ReplyDelete
  19. salam kak engku..
    klau guna set bersalin ambar, pastu pada masa yang sama guna minyak herbanika NR.. boleh ke yek?

    ~FIZAH~

    ReplyDelete
  20. fizah: wsalam, thanks ye sudi singgah blog akak hehehe, klu nak guna camtu boleh, asalkan jgn ambik ubat utk rawatan dalaman dari dua syarikat yg berbeza, klu utk rawatan luaran tiada masalah, insyaAllah.

    ReplyDelete
  21. oo.. blog akak best.. byk info.. tak yah cari kat tmpt lain lagi.. :D

    ~FIZAH~

    ReplyDelete
  22. fizah: mekasih hehehe, nanti kene rajin rajin selalu singgah blog akak tau, tambah ilmu, bye n jumpe lagi ye.

    ReplyDelete
  23. askum Kak Engku..blog kak engku mmg bagus...Kak Engku saya baru keguguran kandungan 10 minggu...sedih sangat2 sekarang kerana itu first baby saya..doktor cakap kandungan tidak ada jantung..tapi saya terima musibah ini..buat masa ini saya tidak makan apa2 jamu atau ubat..jadi saya nak ty,set syyida ambar..sesuai ke untuk saya??---alin..

    ReplyDelete
  24. salam.. set ambar kenanga ni mmg harge tetap ke? brape boleh kurang ya?

    ReplyDelete
  25. alin: wsalam, takziah ye, takpe setiap yang berlaku tu ade hikmahnya, ok selalunye klu baru keguguran kita digalakkan ambik set ambar kenanga.

    ReplyDelete
  26. wsalam, set nie masih boleh kurang lagi, meh la order ngan akak hehehe

    ReplyDelete
  27. salam .. sy bg pihak ibu sy .. nx tnye .. d pasaraya mne produk amba kenanga ny ade ye ????

    ReplyDelete
  28. salam..best blog akak nih.byk info.tmbh2 tuk org yg xda pglmn cm sy..sy nk tnya..sy bminat ngan set bsalin mustika (rm160) n set ambar ni..tp mcm yg akak ckp set ambar ni tuk yg dalaman je.luaran xde.pd pndpt akak mne yg lbh ok??erm..1 lg..harga postage mna2 tmpat lam smmnjung same ke??

    ReplyDelete
  29. wsalam, mmm akak pun tak pasti, sebabnye akakpun jarang nampak produk ambar kenanga kat pasaran, selalunya customer beli direct ngan pengedar, kalau call ibu pejabat pun, diaorang akan bagi nombor pengedar yang terdekat. thanks

    ReplyDelete
  30. wsalam, memang betul set ambar hanya menumpukan rawatan dalaman je, klu akak lebih berminat ngan yg ade rawatan luaran dan dalaman, baru le syok berpantang hehehe, namun begitu terpulang gak kepada individu utk memilih cara berpantang yg diminati, kerana org sekarang nie lebih suka yg ringkas ringkas. Ok mengenai harga kos pos lak selalunye akak tak caj, free je ke seluruh Malaysia, tapi klu akak kene caj kos pos akak akan beritahu kat customer. thanks ye

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum kak engku...
    sy berminat dgn set ambar kenanga ni..utk ibu yg menyusu bdn, produk ni ade masalah x?
    bleh emelkan harga min yg akak bleh bg utk sy ke hcahayaku@yahoo.com
    tq..suke blog ni..bnyk info

    ReplyDelete
  32. As'salam kak engku...keguguran saya dah lebih 3 minggu..sy masih bleh lg ke guna set ambar.??jika bleh mcm mn saya nak order???alin

    ReplyDelete
  33. salam kak engku..sy baru je habs pantang 44 hari n sy makan jamu nr. tp sy dapai sy x sesuai mkn jamu tu sbb bdn sy gatal2. bila x mkn, x gtal lak. jd, sy nk cuba jamu lain..boleh ke?? risau lak..sbb br mkn skit je jamu nr tu..harap dpt nasihat dr akak..tq..

    ReplyDelete
  34. Salam hcahayaku, okay nanti akak email ye. Tenkiu

    ReplyDelete
  35. w'salam alin, Iya puan masih boleh mencuba untuk ambil set ambar. Klau berminat puan boleh isi form yang ada kat blog akak nie atau terus order ke handphone akak pun boleh, nie no handphone akak 019 2077643. Klau masih kurang jelas nanti akak cite lebih detail. Bye n jumpa lagi

    ReplyDelete
  36. salam, tahniah sebab dah abis berpantang. Klau alah pada jamu nr akak nasihatkan jgn mkn. tapi biasanya orang yang ada alah pada jamu immediatly kesan kita boleh tengok. Klau nak cuba jamu lain boleh, takde masalah. Nak cuba yang mana satu ye?....he3

    ReplyDelete
  37. dlm set bersalin ambar ni ada jus ambar sekali ke? berapa botol?
    hanim

    ReplyDelete
  38. hanim: dlm set nie hanya ade 4 botol ubat je, jus ambar takde tau hehehe.

    ReplyDelete
  39. as salam kak,set sayyida ambar blh juga ke dimakan sepanjang kehamilan...atie

    ReplyDelete
  40. Atie: wsalam, utk pengetahuan sepanjang kehamilan kite tak digalakkan ambil apa apa ubat atau jamu selain yg dibekalkan oleh doktor, so nasihat akak, sebelum ambil apa apa ubat dapatkan pengesahana dari doktor yg memeriksa Atie ye kerana doktor tersebut lebih mengetahui kesihatan Atie ketika hamil dengan lebih terperinci. Ubat tidak boleh diambil sebarangan ketika hamil kerana takut akan menjejaskan kandungan. Tq.

    ReplyDelete
  41. salam..kak nak tanye saya berada di klang,,spt yg saye baca komen2 di atas akak ckp jus ambar kenanga akak amek dr supplier di klang bleh tak saye dapatkan contact supplier tu or tmptnyer di klang di mana??dan nak tau harga utk jus ambar kenanga??tq

    ReplyDelete
  42. wsalam, nanti akak sms kan no phone nye ye.tq

    ReplyDelete
  43. Salam kak. Nak tanya ckit. I baru je keguguran 3/6 lepas. dah habis pantang 44 hari dah. Jadi boleh ke i terus je makan sayyida ambar?

    ReplyDelete
  44. Salam kak engku... Set bersalin ibu tu boleh dimakan semasa datang haid ke? Dan biasanya kalau habis satu set, kene beli set yang sama atau beli sayyida?

    ReplyDelete
  45. salam..kak,boleh tlg emailkan jumlah harga set bersalin ibu AK+minyak AK ni x?kalo dpt kurang boleh gak..teringin sangat nak guna set besalin ni..dah cari merata tak jumpa..email saya azi_mbi@yahoo.com..time kasih..=)

    ReplyDelete
  46. azi: wsalam, hehehe nanti akak reply kat email ye, ok jumpe lagi.

    ReplyDelete
  47. salam,

    saya nak tanya pendapat kak,sekiranya saya berpantang sendiri set bersalin manakah yang sesuai untuk saya.terima kasih.

    ReplyDelete
  48. salam anonymous,
    mekasih sudi tanya akak. Pada akak semua set bersalin adalah sesuai. Untuk yang lebih mudah, ringkas dan senang, puan boleh buat pilihan set nr, sendayu tinggi atau leesa premium. Tq

    ReplyDelete
  49. salam kak engku.. saya berminat nak guna set bersalin AK ni,tp nak dpt kepastian dr k.engku..set ni ada kelulusan dr KKM tak? sbb sblom ni x penah dgr lg tentang produk ni..maaf ye saya bertanya..maklum le saya pun pernah bekerja bhgn kesihatan ni..tu yg ter'over' concern..hehehe..

    ReplyDelete
  50. Salam kak engku..saya nk tnya pndapat k.engku.. kalau saya bru 2,3hari kguguran, set ibu brsalin atau set sayyida ambar yg perlu saya ambil? Tq..

    ReplyDelete
  51. assalamualikum...
    K.engku..Saya nk mntak tolong akak suggest mana2 produk yg sesuai utk lelaki terutamanya kesuburan lelaki..Harap akak dapat tolong saya

    ReplyDelete
  52. Salam anonymous...
    Produk ak mendpt kelulusan kkm...no.(4)dlm KKM-163/S/95 Jld 17. Puan boleh semakkan jika perlu. Tq

    ReplyDelete
  53. Salam,
    Maaf lambat reply. Puan boleh cuba set sayyida ambar. Tq

    ReplyDelete
  54. Wsalam anonymous,
    Banyak sangat produk kesuburan untuk lelaki dlm pasaran. Nak yang sesuai mmg susah nak ckp sbb kena cuba dulu baru tahu. Lain orang, lain penerimaannya. Nanti akak cuba check kat supplier dulu ye. Nanti bg email address. Tq

    ReplyDelete
  55. salam... saya dh 36 hari berpantang tp tidak makan pape jamu lagi. boleh ker saya nak mencuba set bersalin ambar kenanga ni?

    ReplyDelete
  56. salam kak.kalau ambil set ambar kenanga ni boleh ke kalo sy ambil kapsul pati ikan haruan jugak?yg sy phm,xleh ambil set ni ngn mknn berasaskan herba yg lain.kalo kapsul ikan haruan leh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,
      Terima kasih sudi tanya akak. Puan tidak disarankan mengambil apa2 produk dalaman dalam satu masa walaupun kapsul ikan haruan. Jika mengambil produk bersalin ibu ak puan disarankan minum banyak air ye. Tq

      Delete
  57. salam, kak engku kalo saya ambil set hamil suami isteri ambar kenanga tu, boleh x sy minum bidadari juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,
      Semasa tempoh pengambila produk ak, puan dinasihatkan tidak mengambil lain2 produk dalaman. Tq

      Delete
  58. Salam kak engku..

    sy nk tanye..sbl ni sy dah ade 2 org ank.tp yg sulong keguguran 5bln..yg kedua dah nk msk 3thn..sy teringin tuk tmbh zuriat lg..tp rse lom de rezki lg.bole ker produk sayyida ambar ni membantu sy kak engku?

    tQ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,
      Terima kasih sudi tanya akak. Insyaallah set sayyoda ambar membantu puan. Puan mesti cuba dulu baru tahu kesannya. ...insyaallah.

      Delete
  59. sbananye sy mmg nk cube produk sayyida ambar ni tp mcm ragu2..tkt ade effect kendian hari..ape pndapat akak?bape harge 1 set sayyida ambar ni kak?

    kak..1 lg sy nk tanye..period sy sjk setahun lbh ni agk sket brbanding sbl ni..mcm las month yg btl2 klua pon 3 ari je kak..tu pon sket..ape pndngn akak?

    trime ksh byk2 kak..

    umie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. akak, sy nak set nie 1... ada diskaun lg tak? :)

      Delete
  60. wsalam, diskaun ada, nanti isi order form ye, kat situ leh la kite strory pasal diskaun ye hehehe, meh la order ngan akak.

    ReplyDelete
  61. okay kak, dah isi order form...:)

    ReplyDelete
  62. salam kak engku..saya nk tanya..set bersalin yg mana sesuai dgn saya sbb edd sy on 11.11 ni tp sy dpt cuti 2minggu je sbb dah final year n kena g kelas n siapkan final year project...mana yg paling sesuai ye?tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Akak rasa yg paling sesuai set bersalin ibu ambar kenanga. Insyaallah ia blh mmbantu. Tq

      Delete
  63. salam kak.
    saya pernah guna set bersalin ibu ambar kenanga. saya amat berpuashati sebab saya jenis yang tidak suka minum/makan cecair herba. set ini semuanya dalam bentuk pil, amat mudah dan senang untuk diamalkan sepanjang berpantang. Ngat nanti nak order kat akak, lagipun saya dijangka bersalin anak kedua bulan 12 ni. Nak minta pendapat akak, bolehker saya gunakan mana2 tungku ibu semasa mengamalkan set ini semasa berpantang (set ambar ada ke tungku dijual?) bole akak listkan harga tungku dan pilihan tungku yg terbaik.
    mekacih.

    http://www.kainzahran.com.my/
    http://zahranhomestayshahalam.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Wsalam zuliza,
      Klau ikut saranan penggunaan set bersalin ibu ak tak perlu bertungku. Tp klau nak guna boleh. Untuk tungku ug ada: tungku herba leesa rm40.00 & tungku herba mak dara rm50.00 Klau berminat blh isi form kat blog akak ye. Tq

      Delete
  64. Salam Kak Engku,
    First of all nice blog & banyak info.
    Saya berminat nak try Produk Ambar Kenanga ni .. if saya order boleh ke dapat dalam bulan Jan 13... harga yang tertera tu fix price or masih boleh diskaun ...

    Mas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mas,
      Terima kasih sudi singgah blog akak. Klau berminat brg akak pos laju. Insyaallah 1 @ 2 hari sampai slps byran penuh dilakukan. Brg insyaallah blh dpt sikit diskaun bergantung pada brg yg di beli. Tq

      Delete
  65. salam kak, set ni brapa rm ye?minyak ambar tu utk letak masa pakai bengkung ke?panas tak?tq

    ReplyDelete
  66. Wsalam Lin, set ambar rm200.00, tapi akak leh kasi diskaun lagi sikit hehehe, minyak ambar nie tak panas sebab babypun boleh gune

    ReplyDelete
  67. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  68. Salam kak..kl bersalin czer n anak menyusu n ada kuning bila bleh start makan..bleh ke produk ak ni kita mkn dgn pati haruan..klu nak oder camna..

    ReplyDelete
  69. Salam Kak Engku,
    Singgah lagi di blog Kak Engku. Produk bersalin AK memang ok. Yang ketara kulit muka lepas bersalin surely mai keje orang tegur nya. Kak Engku jual loose pack tak produk ni untuk dalaman wanita continuation selapas AK bersalin ...
    MAS

    ReplyDelete
  70. salam kak engku. Ambar Kenanga boleh beli secara loose tak? sy nak yg tuju darah je. berapa ye sebotol?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, huhu takde jual loose, dia ada dalam set sayyida ambar rm180.00

      Delete
  71. salam kak engku. Saya berminat nak beli produk ni. ada diskaun ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Lina, klu berminat meh la isi order form. Nanti kita citer pasal harga ye hihi

      Delete
  72. kak engku email kat saya harga set ambar kenanga + minyak ambar kenanga.kalau boleh bagi diskaun sikit ye.ni emailnya aziyzah@gmail.com

    ReplyDelete
  73. Sis ada lg tak set bersalin ambar kenanga

    ReplyDelete
  74. Sis..ada lg tak set ambar bersalin ambar kenanga..leh diskaun tak.senpena nk raya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Wahida, thanks ye sudi singgah blog Kak Engku hihi. Set Ambar Kenanga ada hihi, nak diskaun boleh je.

      Meh wasap Kak Engku 019 366 7525.

      Delete