"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

12 January 2010

Barang Keperluan Bayi

Barang keperluan? Sememangnya banyak yang harus dibeli tapi janganlah sampai tersalah membeli. Sebelum menyediakan peralatan ini, sediakan dulu senarai barangan bayi yang dirasakan perlu, berbelanja ikut kemampuan yang pentingnya jangan membazir. Ingat! Jangan lupa senaraikan barang-barang keperluan bayi terlebih dahulu dengan tepat. Dalam memilih warna, jika anda belum mengetahui jantina si kecil, belilah kelengkapan bayi dengan warna-warna yang neutral. Biar lebih mudah dan tidak bosan, kebiasaannya, kelengkapan bayi mempunyai beberapa tema, seperti seperti tema binatang, bunga atau watak-watak kartun. Jika kewangan menjadi alasan, tidak ada salahnya untuk anda meminjam kelengkapan-kelengkapan bayi seperti katil tidur dan kereta sorong dari pihak lain seperti abang atau saudara mara. Biasanya, kelengkapan-kelengkapan tersebut hanya digunakan sementara sahaja dan selalunya keadaannya masih baik. Perkara ini adalah normal bagi ibu-ibu untuk meminjamkan bahkan memberikan peralatan bayi yang sudah tidak diperlukan lagi kepada orang atau saudara-mara terdekat. Jadi, anda tidak perlu malu untuk bertanya kepada orang tua, adik beradik, saudara mara mahupun rakan-rakan terdekat anda.

Berikut adalah antara senarai kelengkapan bayi yang dirasakan perlu untuk bayi anda. Mungkin ia berguna kepada anda. Antara keprluan tersebut adalah:


Kelengkapan Bayi

Kelengkapan Menyusu / Makan:

Botol Susu, Puting Susu, Berus Botol, Tempat Makan Plastik (Pinggan, Sudu, Gelas), Pakaian, Lampin, T- Shirt / Kemeja (Pilih Bahan Yang Lembut Dan Tidak Panas), Seluar Pendek, Seluar Panjang, Barut Bayi, Topi Bayi, Sarung Tangan, Sarung Kaki, Sweater / Jaket, Pampers, Kasut Bayi (Diperbuat Dari Kain Atau Bulu).


Kelengkapan Tidur

Cadar, Selimut, Selimut Bayi, Blue Liner, Lapisan Kain Untuk Alas Blue Liner, Bantal Panjang, Perabot Tempat Tidur Bayi, Tilam Kecil, Kerusi Makan (Jika Perlu).


Kelengkapan Mandi

Besen Mandi Bayi, Sabun Bayi, Syampu Dan Perapi, Minyak Bayi (Baby Oil), Sikat Rambut Bayi (Lembut), Kain Lap Mandi, Tuala, Pemotong Kuku, Bola Kapas (Cotton Ball).


Kelengkapan Lain

Bakul Pakaian Bayi, Kereta Sorong Bayi, Beg Bayi, Termos Air Panas, Tempat Duduk Bayi Di Kereta, Kain Dukung Bayi (Pilih Yang Sesuai Untuk Anda Dan Bayi), Buaian dan lain-lain lagi yang dirasakan perlu.

No comments:

Post a Comment