Makanan bayi perlu mengandungi cukup zat makanan untuk memenuhi keperluan tumbesaran. Susu ibu boleh membekalkan keperluan zat makanan yang lengkap sehingga bayi berusia 6 bulan.
Apabila bayi berusia 6 bulan makanan pelengkap perlu diperkenalkan secara berperingkat kepada bayi untuk memastikan bayi mendapat segala zat makanan yang diperlukan.
Susukan Bayi Dengan Susu Ibu Sepenuhnya
Pemakanan yang paling sempurna bagi bayi baru lahir hingga berusia 6 bulan ialah susu ibu sahaja. Makanan atau minuman lain termasuk air kosong tidak diperlukan. Pemberian makanan atau minuman lain boleh memudaratkan bayi.
Kepentingan Kandungan Susu Ibu:
- Mengandungi zat makanan vitamin yang mencukupi mengikut keperluan bayi.
- Mudah dihadam dan digunakan dengan berkesan
- Melindungi bayi dari penyakit
- Mengandungi antibodi dan bahan-bahan pelindung penyakit
- Mengandungi faktor tumbesaran
- Tiada pencemaran
- Mengandungi enzim
- Zat dan kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan bayi.
Susukan Bayi Dengan Kerap
Penyusuan yang kerap boleh memastikan bekalan susu yang cukup.
Kekerapan Penyusuan:
- Susukan bayi anda dengan kerap mengikut kemahuannya "on demand"
- Menyusu kerap disebelah malam
- Sentiasa bersama bayi supaya boleh menyusukannya dengan kerap.
- Bayi kecil yang tidur lebih dari 2 - 3 jam harus digerakkan untuk disusukan.
Tanda Bayi Mendapat Cukup Susu
- Penyusuan kerap (8 - 12 kali siang dan malam)
- Kenaikan berat badan yang memuaskan
- Kencing lebih dari 6 kali sehari
- Dengar bayi menelan
- Kerap membuang air besar adalah normal (4 - 8 kali / 24 jam)
- Bayi puas, ceria, otot dan kulit bayi juga sihat
- Payudara penuh sebelum menyusu dan 'ringan' selepas menyusu.
Jangan Campur Penyusuan Susu Ibu Dengan Air Kosong Atau Susu Formula
Bayi tidak akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya jika diberi makanan dan minuman kerana:
- Bayi akan kerap menyusu. Ini akan menyebabkan kurang penghasilan susu oleh ibu. Akibatnya bayi kurang mendapat zat makanan dan bahan-bahan pelindung penyakit.
- Bahan pelindung penyakit yang terkandung di dalam susu ibu bertindak dengan menyalut usus bayi. Air kosong atau susu formula akan menghakis salutan tersebut. Bayi tidak akan mendapat perlindungan.
- Bayi mudah terdedah kepada alahan dan pencemaran yang terdapat di dalam air kosong dan susu formula.
Pada usia 6 bulan bayi perlukan makanan lain selain dari susu ibu. Teruskan penyusuan susu ibu dengan kerap siang dan malam. Makanan pelengkap yang seimbang diberi sebagai tambahan.
Ingat! : Jangan Kurangkan Susu Ibu
salam kak engku,
ReplyDeletepertama kali terjumpa blog ini,saya sgt menggemari nya.byk info bagi sya yang baru menjadi ibu.
Soalan sya,bayi lelaki sya bru berusia inysaĆllah 1thn hujung bln ni.dia dihantar ke taska.
dan sepenuhnya menyusu bdn yakni sya akan memerah stok susu.
permasalahan nya lewat kebelakangan ini,di taska dia mula kurang menyusu.tetapi dimaklumkan penjaga kuat mkn bubur,biskut dan buah.
selesai kerja,ambil dia,pulang ke rumah dia akan menyusu smcm lapar sgt.itu membimbngkan sya ataupon menjadi perkara biasa bg bayi seusianya..?
salam, mekasih jadi peminat setia blog akak. Apa yang puan alami adalah perkara biasa bagi seorang anak yang seusianya. Jangan risau dan puan teruskan penyusuan dan pemakanan anak untuk 1 - 6 tahun.
ReplyDelete