Mengapa Tidak Digalakkan Memberi Makanan Pelengkap Terlalu Awal
- Sistem pencernaan dan penyerapan bayi berumur kurang dari 6 bulan belum matang.
- Susu ibu adalah makanan utama untuk bayi. Pemberian makanan pepejal terlalu awal boleh mengurangkan pengambilan susu oleh bayi kerana lebih kenyang dengan makanan pepejal.
- Makanan yang diberikan sebagai gantian susu ibu selalunya bubur yang cair dan sup memandangkan ia mudah dimakan oleh bayi. Makanan ini mengenyangkan tetapi memberi kurang nutrien daripada susu ibu dan oleh itu keperluan bayi tersebut tidak dapat dipenuhi.
- Bahan makanan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien di dalam susu ibu seperti zat besi.
- Bayi mudah mendapat alahan.
Mengapa Makanan Pelengkap Perlu Diberi?
- Menambah bekalan tenaga
- Membekalkan zat makanan
- Memperkenalkan anak-anak kepada pelbagai jenis makanan dan rasa
- Memenuhi keperluan proses perkembangan dan kematangan
No comments:
Post a Comment