"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

17 January 2010

Panduan Pemakanan Sihat

Pemakanan yang sihat adalah asas kepada kesihatan ibu sebelum dan semasa hamil serta menyusukan anak. Pemakanan yang seimbang dan pelbagai membantu ibu dalam menghadapi kehamilan yang berjaya dan selamat.

Ia membina penyimpanan zat ibu untuk memenuhi keperluan semasa hamil kelak. Ibu hamil sering mengalami seperti loya-loya atau hilang selera. Oleh itu mereka perlu menyediakan diri untuk mengelakkan diri daripada menghadapi masalah kesihatan jika mereka hamil.

Semasa hamil pengambilan makanan yang sihat dan seimbang adalah penting untuk ibu dan bayi yang dikandungnya. Kurang atau berlebihan zat boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Ibu yang menyusukan bayi perlu mengamalkan pemakanan sihat untuk menghasilkan susu yang berzat serta menjamin kesihatan ibu.

Pemakanan Sihat Bagi Wanita

  • Nikmati pelbagai jenis makanan berasaskan Piramid Makanan.
  • Makan lebih sumber Asid Folik, Vitamin C & Zat Besi
  • Tingkatkan pengambilan sumber kalsium
  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Minum air secukupnya

No comments:

Post a Comment