Bila dah masuk wad, tengok dia kesian jugak......barang keperluan untuk diri sendiri takde. Barang keperluan anak usah di kenang la......smua takde. Datang bawak diri je...maklumlah dah nak bersalin. Pembaca Kak Engku jangan salah faham, Kak Engku bukan nak buruk-burukkan pesakit Kak Engku ni, tapi kesian..........kelengkapan bersalin amat penting...untuk diri sendiri dan anak.
Semasa mengandung lagi, buatlah persediaan awal....barang keperluan untuk ibu satu beg, barang keperluan untuk baby satu beg dan lain-lain keperluan (Kak Engku dah bincang apa barang keperluan yang diperlukan smua dah ada dalam blog Kak Engku, jadi tengok - jangan tak tengok)
Bila barang keperluan dan siap, terus letak di tempat yang senang di capai, kalau boleh letak je terus dalam keta....... Kad mengandung pun sama...letak satu tempat di mana senang ambik. Si suami lak jangan panik pada waktu nie....relax tarik nafas panjang2. Bawak keta hati2...moga selamat sampai kat Hospital. Kontrol gemuruh anda sebab si isteri waktu tu, kalau dah sakit tak ingat apa dah hehehe.... jadi si suami kena cool tau (berat tanggungjawab awak masa nie hehehe)
Nie Kak Engku nak pesan kat suami2 yang nak jadi 'bapa' nie.....Bila isteri sakit nak bersalin:-
- Jangan Panik
- Ambil beg2 yang telah dikemas
- dah buat pilihan Hospital mana nak bersalin (kalau boleh buat servey awal2)
- Cuba buat survey juga hospital2 yang berhampiran (tempat kerja isteri), if emergency sekurang-kurangnya tahu mana nak tuju
- Kenderaan nak bawak isteri ke Hospital mesti dalam keadaan baik (selalu buat pemeriksaan)
- Banyak2 istifar dan berdoa moga isteri dan anak selamat...amin
No comments:
Post a Comment