"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

17 January 2010

Cara Menyediakan Nasi Lembik Dan Sup Bebola Ikan (10 - 12 Bulan)

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan nasi lembik
3 cawan air
1 sudu makan minyak
4 sudu makan isi ikan tenggiri
2 sudu makan kobis bunga
1 sudu makan karot
1/2 biji kentang
Sedikit Su Hun
Sedikit bawang merah, bawang putih & halia (dimayang halus)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dipotong halus)
Sedikit garam

Cara Penyediaan:

Isi ikan tanpa tulang ditumbuk dan dijadikan bebola.

Kentang, lobak merah dan kobis bunga dicincang.

Tumis bawang merah dan bawang putih dan masukkan air.

Bila telah mendidih, masukkan kentang dan lobak dan masak hingga empuk.

Masukkan bebola ikan dan bunga kobis. Tunggu hingga masak.

Masukkan Su Hun dan garam secukup rasa.

Taburkan daun sup dan daun bawang.

Hidangkan bersama nasi lembik.

* Semasa membuat bebola ikan, gunakan sedikit marjerin supaya bebola tidak melekat di tangan.

No comments:

Post a Comment