"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

17 January 2010

Cara Menyediakan Kentang Lenyek Berkarot (7 - 9 Bulan)

Bahan-Bahan:

2 biji kentang (sederhana)
1/2 keping hirisan telur rebus (ambil kuning sahaja)
1 biji tomato ceri
1 sudu makan marjerin
1/4 batang lobak merah (sederhana) diparut
1 sudu makan susu penuh krim @ susu tepung yang dibancuh @ susu ibu

Cara Penyediaan:

Rebus kentang (bersama kulit) dan lobak merah sehingga empuk

Kupaskan kulit kentang

Lecek kentang, lobak merah, marjerin, kuning telur di dalam mangkuk sehingga sebati

Tambahkan susu untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai

Hidangkan serta merta

Hidangan ini boleh dibahagi kepada 2 - 3 kali hidangan dalam sehari.

No comments:

Post a Comment