"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

08 January 2010

Amalan-Amalan Yang Baik Semasa Hamil

Ketika seseorang wanita itu hamil maka beberapa perkara penting hendaklah diberikan perhatian sebagai langkah awal ke arah memperolehi anak yang soleh dan sihat. Amalan-amalan tersebut adalah:

1. Membanyakkan bertaubat kepada Allah atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan.
2. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat Isnin dan Khamis serta banyak melakukan ibadat.
3. Si Isteri pula hendaklah sentiasa menutup aurat.
4. Memperbanyakkan membaca Al Quran. Sebagaimana Imam Shafie semasa di dalam kandungan ibunya. Ibunya sentiasa membaca surah Al Fatihah dan Yaasin dan menyeru kandungannya supaya memahami apa yang dibacanya.
5. Mengamalkan bacaan surah-surah:

* Surah Al Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan
syaitan yang mengajak kepada maksiat).
* Surah Taubah (Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat).
* Surah Yusuf -(Agar mendapat anak yang soleh, sihat dan sempurna)
* Surah Lokman – (Untuk mendapat anak yang taat)
* An Nahl – (Untuk selusuh, mudah bersalin dengan izin Allah)
* Surah Maryam – (Untuk mendapat anak yang sabar lagi taat)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati).

Insya Allah dengan amalan-amalan yang diamalkan ini para ibu akan mendapat anak yang soleh, taat, sihat, sempurna serta baik budi pekertinya…..Insya Allah.

No comments:

Post a Comment