"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

07 January 2010

Salam Perkenalan

Assalamualaikum…. Salam Perkenalan dari Kak Engku.

Atas permintaan dari para ibu yang pernah bersalin di wad Kak Engku mencadangkan agar Kak Engku membuka satu Blog bagi memudahkan para ibu ini untuk berkumpul, bertanya khabar serta menanyakan sesuatu berkaitan baby ataupun permasalahan kesihatan yang mereka hadapi selepas bersalin. Maka dengan ini lahirlah Blog yang tak seberapa ini. (maklumlah bukan senang sebenarnya untuk berblog, lagi lagi apabila Kak Engku ni buta IT…..terkial kial jugak dibuatnye untuk men’setup’ Blog ini).

Walaubagaimanapun hati ini tetap bertekad untuk meneruskan hasrat para ibu dengan semangat yang berkobar-kobar. Harap-harap dengan lahirnya blog ini dapatlah Kak Engku berkongsi pengalaman Kak Engku sebagai seorang jururawat di wad bersalin (Hospital Kerajaan) dengan para pembaca blog Kak Engku ini.

Mengenai diri Kak Engku, Kak Engku merupakan seorang Jururawat Terlatih dan berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam urusan urusan di wad bersalin…Kak Engku juga merupakan seorang Bidan Berdaftar….mewarisi darah ibu Kak Engku yang juga merupakan seorang Bidan dan juga Tukang Urut orang bersalin di Kampung (dikenali dengan panggilan Mok Ku)….. Kak Engku juga sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Degree (Nursing). Harap dengan bertambahnya pengetahuan ini dapatlah kita berkongsi pengetahuan bersama….Insya Allah.

Kalau nak diceritakan mengenai pengalaman memang banyak yang Kak Engku alami sepanjang bergelar Jururawat (manis dan pahit) antaranya melayan karenah pesakit, berdepan dengan para ibu hamil yang mempunyai masalah mental, adik-adik kita yang melahirkan anak tidak berbapa dan sebagainya.

Bagi para pembaca yang ingin bertanya serta berkongsi pengalaman….sudi sudikanlah selalu melawat ke blog Kak Engku ini. Walaupun Blog ini tidak seberapa, Insya Allah Kak Engku akan cuba sedaya upaya berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang Kak Engku ada dengan anda semua.

Akhir kata sudi-sudilah beri tunjuk ajar jika ada kekurangan dalam Blog Kak Engku ini… maklumlah Kak Engku Nurse baru belajar, dan para ibu yang pernah Kak Engku rawat dahulu , inilah Blog yang anda mintakan itu….mudah-mudahan Blog ini mendatangkan manfaat kepada semua…..Insya Allah.

p/s : Walau Siapapun Diri Ini, Jadilah Yang TERBAIK

No comments:

Post a Comment