"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

04 April 2020

Ya Rabbana'Tarafna || Zikir Penenang Jiwa Ibu Hamil


https://youtu.be/reAXVSLn1F4
Ya Rabbana Tarafna 











Ya Rabbana'Tarafna || Zikir Penenang Jiwa Ibu Hamil

Assalamualaikum Sahabat-sahabat semua, Di Awal
Tahun 2020 ini, jom kita hayati zikir terbaru Ya Rabbana Tarafna semoga video ini dapat diterima oleh semua masyarakat.

Mari berSholawat kepada Baginda Rosulullah,
semoga dengan bersholawat kepadaNya Allah
memudahkan urusan kita dan diberikan syafaatNya. Jom Kita Berzikir Ya Rabbana Tarafna.

Aamiin Ya Allah

30 March 2020

Covid 19 - Stay At Home

Adoila Sekali Kak Engku Keluar Dalam Surat Khabor Cina La. Mmm Sepatah Haram Tak Faham Hahaha.

Duk Rumah Diam Diam Ye Semua



9 TIP MENENANGKAN BAYI YANG MENANGIS

1. Alunkan Zikir
Ibu atau Ayah boleh mengalunkan Zikir ke telinga bayi. Ianya membuatkan bayi lebih tenang. Boleh juga dipasangkan alunan Zikir dan di letakkan berhampiran baby.
https://youtu.be/zhnsTlGf6yU
Zikir Untuk Tidurkan Baby Yang Meragam











2. Berikan Susu
Dalam tempoh sebulan yang pertama, bayi seringkali menangis kerana kelaparan. Menyusukan bayi adalah cara yang berkesan untuk menenangkannya.

3. Belaian
Bayi memerlukan belaian mesra untuk berasa tenang dan berhenti menangis. Bayi juga akan menjadi lebih tenang apabila didukung secara menegak pada bahu, ataupun dalam posisi mukanya ke bawah.

4. Mengalihkan Perhatian Bayi
Kadangkala, bayi akan lupa punca dia menangis apabila melihat sesuatu. Contohnya, tunjukkan pakaian atau corak yang berwarna-warni, terang, gambar, membuat bunyi bunyian, atau cerminkan wajahnya pada cermin.


5. Berikan Sesuatu Untuk Dihisap
Bayi menjadi tenang apabila dapat menghisap sesuatu, seperti genggaman tangannya sendiri. Jika ingin memberikan puting
kosong kepada bayi, pastikan puting itu disteril terlebih dahulu.

6. Membedung
Bedung mungkin dapat menenangkan bayi dengan membuatkannya berasa selamat.
Dukung bayi yang sudah dibedung sehingga dia berasa tenang dan berhenti menangis. Kemudian, letakkan bayi secara menelentang
tanpa menanggalkan bedung.

7. Menepuk Dan Usap
Sentuhan tangan kita memberikan
ketenangan kepada bayi. Tepuk dan usap bahagian belakang ataupun perut secara berirama bagi menenangkan bayi dan membantunya sendawa.

8. Ayunan Secara Berirama
Pergerakan ayunan biasanya dapat
menenangkan bayi dan membuatkannya tertidur. Sekiranya perlu, bawa bayi berjalan-jalan di sekeliling rumah.


9. Periksa Lampin
Cuba periksa lampinnya. Mungkin dia mahu memberi isyarat yang lampinnya sudah kotor dan tidak
selesa. Ataupun mungkin juga ada sesuatu perkara yang anda lakukan yang menyebabkan dia menangis.
Contohnya, bayi menangis selepas dipakaikan baju dan dibersihkan. Cubalah membedungnya untuk meyakinkan dan menenangkan bayi serta memujuknya.

Selamat Mencuba Ye.

Pssttt.... Jgn Lupa SUBSCRIBE Channel YOUTUBE Kak Engku Ye.
KLIK link dibawah

https://youtu.be/zhnsTlGf6yU

Kak Engku Sekarang Aktif berkongsi di YOUTUBE. Jumpe kat Youtube ye.



30 October 2019

PERSEDIAAN MENDIDIK ANAK

Tugas mendidik anak dengan ajaran agama ialah tugasan terbesar yang dipertanggungjawabkan kepada pasangan suami isteri.
.
AMANAH ini amat BERAT dan bakal menentukan halatuju anak agar menjadi manusia yang berguna dan mampu menghadapi hidup berlandaskan ajaran ISLAM.
.
Oleh itu, ibubapa hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mengambil sikap sambil lewa dalam pendidikan agama anak-anak.
.
Pada masa yang sama, ibubapa sebenarnya sedang membina sebuah keluarga Islam yang bakal menerapkan pula nilai-nilai Islam ke dalam masyarakat setempat.
.
Inilah urutan pembentukan masyarakat Islam, iaitu bermula daripada diri dan keluarga.