"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

21 April 2016

Memilih Jantina Bayi

Inginkan Baby Boy Atau Gegurl

Kaedah ini telah dibincangkan sejak dahulu lagi oleh para ilmuwan dalam bidang perubatan. Ada juga kajian yang dilakukan berkenaan makanan tertentu yang dapat menentukan jantina bayi.

Semua kaedah ini hanyalah memberi kemungkinan sehingga 80% terhadap jantina bayi. Namun, penentuannya terletak pada kuasa Allah s.w.t, firman-Nya, Surah al-Syura 42:49

"Bagi Allah jualah kerajaan langit dan bumi, Dialah yang menciptakan (apa sahaja) menurut kehendak-Nya. Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki, dan juga memberikan anak lelaki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Atau menghimpunkan mereka daripada kalangan lelaki dan perempuan, dan juga menjadikan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya mandul. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa."

Tidak salah berdoa kepada Allah s.w.t agar dikurniakan anak yang diingini, sama ada lelaki atau perempuan. Namun, doa dan zikir khusus kepada Nabi dengan kepercayaan boleh memberikan anak mengikut jantina yang diingini jika diamalkan, perlu dielakkan kerana ianya palsu dan tidak bersumber sama sekali.

#KakEngku


No comments:

Post a Comment