"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

20 January 2016

Awas, Jika ....

Walaupun tiada halangan bagi anda untuk melakukan hubungan seks sepanjang tempoh kehamilan, namun ia akan memudaratkan sekiranya kehamilan anda dikategorikan sebagai kehamilan yang berisiko. Keadaan mungkin menjadi lebih serius sekiranya semasa melakukan hubungan seks, anda mengalami kesakitan serta berlaku pendarahan. Awas! Anda dinasihatkan tidak melakukan hubungan seks jika beberapa perkara berikut dikesan:

·           Terdapat ancaman keguguran
·           Mengalami masalah uri (plasenta) di bawah
·           Pendarahan vagina atau berlaku lelehan cairan pada alat sulit.
·           Jangkitan penyakit kelamin
·           Masalah fibroid.
·           Mengalami darah tinggi yang serius.

Hubungan seks di awal kehamilan sering kali dikaitkan berlakunya pendarahan dan ada kalanya penyebab kepada berlakunya keguguran. Ini terjadi kerana kandungan hormon prostaglandin yang terdapat pada sperma suami. Hormon ini menjadi penyebab berlakunya kontraksi pada rahim semasa kehamilan. Akibatnya ari-ari akan lebih mudah bergesel dan menyebabkan berlakunya pendarahan.


Sekiranya anda bimbang dan was-was tentang risiko melakukan hubungan kelamin, jangan malu untuk mendapatkan nasihat doktor. 

No comments:

Post a Comment