"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

19 November 2013

Pentingnya Penjagaan Diri Semasa Pantang Bersalin

Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini, terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung atau berbarut. Tidak dinafikan amalan tersebut agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak serta-merta. Namum, apabila melalui kelahiran yang banyak, usia pula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan sedemikian berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Secara umumnya, wanita yang melahirkan anak berdepan dengan risiko peranakan rendah atau rahim turun. Ini kerana otot pelvis atau tulang kajang akan merenggang akibat peneranan yang kuat semasa proses melahirkan. Jika tidak dirawat dari awal, keadaan tersebut boleh menjadi penyebab kepada masalah kerap membuang air kecil atau terkencing apabila batuk, ketawa atau bersin. Jika kelahiran berulang, otot faraj akan semakin longgar sehingga mengakibatkan terjadinya prolaps atau keluar tombong.

Secara fizikal, keadaan urat saraf dan luka kelahiran sama ada secara normal atau pembedahan tidak banyak berbeza. Cuma luka kelahiran secara pembedahan adalah lebih ketara dengan kesan bukaan pada abdomen, tempat di mana bayi dikeluarkan, manakala ibu yang bersalin normal hanya mengalami luka di mulut rahim atau mulut faraj.

Ramai wanita hari ini mengganggap bersalin secara pembedahan tidak meninggalkan kesan longgar pada saluran faraj atau kesan lain pada peranakan, lalu sewenang-wenangnya memendekkan jangka masa berpantang. Dengan itu, jimak dimulakan dengan lebih cepat. Seyogialah diingatkan bahawa sebenarnya, bersalin secara pembedahan memerlukan lebih perhatian perubatan tradisional berbanding bersain secara normal.

Walaupun keadaan darah nifas mengering dan ibu sudah boleh bersuci dengan mandi wajib bagi menjalankan ibadah seperti solat, tetapi tidak semestinya boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan melakukan jimak. Ini kerana seluruh peranakan masih bengkak dan luka jahitan masih mentah. Bagi memulihkannya dengan sempurna, satu jangka masa yang panjang diperlukan, iaitu sekurang-kurangnya 60 hari. Sebaik-baiknya, setiap ibu bersalin menunggu sehingga melepasi hari yang ke 100 agar seluruh anggota peranakan pulih seperti sediakala, dan sekaligus dapat menjauhi masalah penuaan sebelum masanya. Bagi yang bersalin normal, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa tempoh berpantang selama 60 hari adalah amat penting untuk memilihara mulut rahim serta seluruh peranakan yang masih lemah dan mentah.

Terdapat juga wanita yang mulai berjimak selepas dua minggu bersalin apabila darah nifas sudah kering kerana menurut kefahaman dan nasihat perbidanan moden. Walaupun persetubuhan dilakukan secara lembut, aktiviti tersebut akan mengganggu urat saraf peranakan yang menegang apabila mencapai inzal. Ketegangan urat saraf akan menyebabkan bentan urat, manakala gerakan kucupan mulut rahim akan membuka kesan luka bersalin yang masih dalam proses penyembuhan. Keluaran darah nifas yang lebat atau tumpah darah sering berlaku, sama ada dalam kalangan ibu bersalin normal atau secara pembedahan. Luka-luka jahitan di bahagian lapisan perut serta rahim akan mulai membengkak dan adakalanya jahitan terbertas dan mengakibatkan pendarahan.

Terdapat ramai wanita yang menamatkan pantang selepas 30 hari atau 40 hari bersalin. Walaupun didapati tidak berbahaya, tindakan tersebut memberi kesan yang buruk terhadap kewanitaannya. Keseluruhan peranakan, iaitu rahim, tiub Fallopio serta ovari yang masih belum pulih akan kembali membengkak, urat saraf akan menegang dan mulut rahim akan tersembul merkah dan mentah. Mungkin posisi rahim akan terganggu kerana organ tersebut baru sahaja mengecut dan walaupun sudah kembali ke tempat asal, kedudukannya masih belum mantap.

Aktiviti berjimak akan menarik turun posisi rahim ke peringkat peranak rendah atau prolaps tahap pertama. Ibu akan terasa berat di bahagian pelvis atau ari-ari dan kurang selesa apabila membuang air kecil dan adakalanya kerap membuang air kecil. Lama-kelamaan ini menimbulkan rasa lenguh atau sakit pinggang, bisa-bisa betis serta sakit tumit, badan terasa berat, letih selain bisa otot dan sendi. Apabila sampai ke peringkat yang serius, bahagian lutut terganggu oleh rasa sakit dan bisa serta bengkak. Gangguan di bahagian lutut menandakan berlakunya kelemahan di bahagian peranakan.

Oleh yang demikian, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa ibu bersalin normal dipantangkan berjimak sehingga 44 hari. Difahamkan pada hari ke 44 pantang bersalin, segala urat saraf peranakan kembali memperkemas kemantapannya dan berada dalam proses penyembuhan peringkat terakhir serta berkeadaan lemah. Semasa itu, ibu dilarang ke mana-mana dan perlu berehat. Jika terjadi kemalangan seperti terseliuh kaki, tersepak ibu jari atau jatuh terduduk, keadaan tersebut sukar dirawat. Ada ibu yang berjalan tempang atau lumpuh kerana bentan urat sum, iaitu tersentap urat besar di bahagian pinggul. Ada juga yang keluar tombong kerana terhentak punggung dengan kuat dan kejadian ini menyebabkan penderitaan selama-lamanya. Kejadian ini bukalah kisah dongeng, tetapi telah banyak berlaku, terutama pada zaman ini. Ibu yang kemalangan ini mesti mendapatkan rawatan awal daripada pakar urut perbidanan. Walaupun dapat disembuhkan, kesannya, ibu tersebut cepat laih dan makan tua sebelum usia.

Lazimnya, hari yang ke 45 ialah hari kelepasan tempoh pantang ibu bersalin normal. Untuk ibu bersalin secara pembedahan, hari kelepasannya ialah hari yang ke 50. Pada masa yang tersebut, ibu boleh kembali melayan suami dengan mesra secara mana yang diinginkan. Bagaimanapun, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa sebaik-baik hari kelepasan pantang bagi ibu bersalin, sama ada secara normal atau pembedahan adalah pada hari yang ke 101 kerana telah terbukti berkesan melambatkan proses penuaan, disamping memelihara tahap kesihatan.

45 comments:

  1. Mama
    As Salam Kak Engku. Terima Kasih bebanyak sudi menulis info ini untuk panduan semua. Semoga Allah memberikan ganjaran atas setiap ilmu yang akak kongsikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam mama,
      Sama2, amin. Terima kasih doakan untuk akak....amin. Moga apa yg akak usahakan mendpt manfaat buat semua. Amin.

      Delete
  2. terima kasih k engku.. info yang sangat berguna.
    saya ingin bertanya sekiranya rahim jatuh, tukang urut akan naikkan semula rahim tu kan. tapi kalu kita jumpa doktor pakar puan, dr akan buat camana. maksud saya kaedah bagaimana dr tau rahim kita jatuh & bagaimanakan treatment yang di berikan. adakan guna d scane atau sebagainya. tq k engku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shakila,
      Sama2, bergantung pd pemeriksaan doktor. Maaf ia di luar bidang kuasa akak. Kena tanya doktor sendiri...uhuhu

      Delete
  3. thanks kak engku for ur info..tp skrg ni lepas bersalin susah nk stay kat umah..sy baru pas bersalin 30 mei hari tu tp sjk tu la henti2 kuar rumah sbb pg klinik utk postnatal checkup n jaundice checkup for bb.ubat pun tak mkn lg sbb menyusu bb n takut jaundice tu naik lg..apa pendapat kak engku ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam imah,
      Sama2, kena sabar byk2. Teruskan menyusu bb dgn susu ibu ye. Insyaallah bila kuning bb dah settle semua akan kembali normal. Amin.

      Delete
  4. salam...
    boleh tak bg pandangan tentang maslah saya ni.
    skrg ni sy dah 49 hari lepas bsalin normal.tp sakit n bisa kat kaki terutamanya..kat tumit,pangkal peha..bila sakit tu betis jd sejuk je....memang bisa.nape ye?lebih teruk lg...kat sekitar perut,kat sekitar kemaluan pun sakit.pendek kata,sakit semu pas tu kalu disentuh mcm picit2 sikit terus sendawa kuat...belum lg diurut,mesti lg kuat sendawanya.peliknya kat semua bhgian badan asal disentuk confirm sendawa?sy ni kene bentan ke ye?utk pengetahuan,hr ke 30 sy dah kuar rumah kena amik exam final(study jarak jauh) selama 3 minggu...adakah itu puncanya?sy risau sgt.kelmarin plak kencing kotor n berbau..lepas mkn ubat dh ok...tp bisa urat sendi tetap ad,campur dgn rasa x selesa kat perut,bwh perut n kemaluan .kat situ pun sakit urat juga ke ye?
    harap kak engku dpt bantu sy
    tima ksh.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fiza,
      Tahniah. Selepas bersalin normal akan rasa sakit spt yg fiza alami. Sbb tu kena berurut n bertungku. Insyaallah segala masalah dpt di atasi. Makan pun kena jg betul2 ye.

      Delete
    2. Salam kak engku,
      Sy juga sdg mengalami sakit2 spt yg fiza alami...masalahnye sy sudah pun berurut lps bersalin pd bln oct aritu...nk kena urut hari2 smp habis tempoh berpantang ke kak engku...aritu sy berurut 7 hari je...lg satu ms dlm pantang sy ade jatuh terduduk...semasa check luka jahitan sy check juga kedaan dalam vagina sy, tetapi ianya kelihatan spt tidak normal krn saluran dalam tu tidak kelihatan...adakah itu dikatakan rahim masih bengkak? Atau pun ianya sudah jatuh teruk....

      Delete
    3. Salam,
      Penjgaan diri sms dlm pantang amat penting. Berurut, berbengkung n bertungku serta mkn jamu byk mmbantu untuk kesihatan dlman n kecergasan. 4 perkara nie ibarat irama n lagu. Akak nasihatkan bertungku n jumpa doktor untuk pemeriksaan vsgina yg dikatakan tak normal tu ye. Tq

      Delete
  5. salam,kak engku..saya ni dh lepas 100 hri brpntng brsalin c-zer jd saya nk tnya produk yg mna pling sesuai ptt saya ambil untuk tubh bdn sya agr mkin seht, lka2 luar & dlm smbuh & saya kmbali mcm ank dara..hehehe:-)

    ReplyDelete
  6. Slm..hari ni adalah hari ke 57 slps bsalin..dan dah 2 hari period..sy nk tanye,ms period ni boleh ke makan jamu n air akar kayu lg? Sbb sy berpantang100 hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Klau period boleh mkn. Insyaallah takde effect apa2. Tq

      Delete
  7. Salam kak..sy dh 8 bln bslin..sy mgalami keskitan ble brsma suami.d sbbkn sakit,sy kurg brminat n xda nafsu utk brsama suami.sy rase cm ad benda jt permtkaan fraj dan bla sy cek,ada benjolan kt permukaan faraj.tu ke yg dinamakn rahim dh jatuh?sy risau dan takut nk jmpe dr..klu jumpe tukg urt kg,leh ke kemblikan rahim ke tmpt asal?mase bersama suami,sy rase pedih n x slesa..hrap akak dpt membntu sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Maaf akak tak tenok sendiri nie susah nak cakap. Akak nasihatkan buat pap smear @ jumpa doktor untuk pemeriksaan. Di samping tu, Klau nak jumpa tukang urut pun boleh. Tq

      Delete
  8. salam.. sekarang sy sudah bpantang selama 36 hari.. masalah sy sekarang sy mgalami darah yg kuar dgn banyak sjk bbrapa hari yg lps.. sdngkan pd hari ke 21-22 drah sy sudah xkeluar.. adakah ini dsbbkan bentan krn bjimak smasa bpantang.. kerana sehari sebelum darah berhenti sy dan suami tlh bjimak.. sy rasa takut utk memberitahu ibu perkra tersebut.. ini adalah kali pertama sy mlahirkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam mama,
      Akak nasihatkan mama jumpa doktor untuk pemeriksaan rapi. Kenapa cepat sangat bersama dengan suami. Nak bersama seelok2nya slps 44 hari pantang samda darah ada atau tidak. Nanti jumpa doktor ye. Tq

      Delete
  9. Slm.kak engku,sy nk tyer...jika terjatuh semasa awal pantang,apa yg perlu sy buat?sy br berpantang 15 hari dan terjatuh dlm bilik air.sehari selepas tu rasa sakit di perut dan punggung.perlukah sy jumpa doktor atau bidan atau boleh dibiatkan shj..hingga hilang sendiri?tq,sy perlukan nasihat sbb sy berpantang seorang diri.terima ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam NNS,
      Ada alami pendarahan luar biasa tak? Dalam pantang harus hati2 Sbb takut ada pendarahan luar biasa. Jika boleh jumpa doktor untuk pemeriksaan rapi ye. Mungkin rasa sakit dapat dikurangkan. Jaga diri dan ada apa2 nak kongsi boleh hello akak 0192077643 Tq

      Delete
  10. Salam kak engku. Saya dh 47 hari bersalin dan terjatuh di belah kiri punggung..
    Skrg ade rasa tak selesa dkt kwsn bwh pusat dan pinggang dan blkg..
    Patut ke saya pg check di doktor atau bidan urut?
    Lagi satu, saya risau krana saya masih ade keluar discharge jernih tp ade stain mcm darah yg sikit. Adakah saya masih bernifas? Atau berpenyakit?

    TK k engku

    AK

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Akak nasihatkan jumpa doktor untuk pemeriksaan. Klau hasil pemeriksaan doktor takde apa2, puan bolehlah berurut dengan bidan. Mungkin darah yang ada sekarang adalah darah nifas. jaga diri dan teruskan berpantang ye. Tq

    ReplyDelete
  12. Salam kak..sy dah 51 hri..normal ke kalo bjimak bdn sakit2?..tq kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Badan sakit slps bjimak, mungkin normal. Teruskan bertungku. Insyaallah sakit akan hilang.

      Delete
  13. salam kak nak tanya..saya dah 72 hari lepas bersalin..pada hari ke 69 saya bersama suami..terasa sedikit sakit semasa bersama dan mungkin jahitan dalaman..selepas itu didapati ade sedikit air coklat keluar tetapi bukan selepas atau semasa bersama..keesokan harinya darah biasa keluar..dan agak banyak..adakan sy sedang datang bulan atau kesan bersama suami ataupun "tumpah darah" akibat luka kembali..mohon penjelasan..tak berani nk gi spital pasal nanti kene godek2 kat bawah..huhuhu

    ReplyDelete
  14. salam akak....sy nk tanya ni sy da 60 hr hbs pantang,ms 25hr drh da bhnti kuar cam cairan lendir2,pas skrg sy tgk cairan 2 da betukar jd drh lak..adakah piriod or masalah lain..tp darah cuma sdikit2 sjha..sy risau kerana ms dlm pantang sy xmkn ubt coz anak kuning dok ulang g hospital..tkt kunig naik..skrg bdn sy jd lemah2 tumid jd sengal2 n lutut jd sakit...mohon penjelasan dr akak..

    ReplyDelete
  15. salam..org tua2 ckp klu dlm pantang xblh minum air byk..nanti urat kembang...bl urat da kembang blh di rawat lg x untuk kecutkan blk urt 2...mcm mn rawatan untuk kecutkan urt..

    ReplyDelete
  16. salam kak engku,
    saya dah 90 hari bersalin anak yang ketiga secara csar. dua anak sebelum ini saya mengabaikan penjagaan pantang disebabkan kurang ilmu pengetahuan dan xda org jaga. masalah saya ialah apabila saya cek bukaan faraj kelihatan seperti ada benjolan yang berlubang kecil di tengahnya berhampiran dengan kelentit. saya kurang pasti adakah ini rahim jatuh atau saluran kencing yang jatuh (cystocele). mohon penjelasan dan saranan dari akak. terima kasih.

    ReplyDelete
  17. salam kak engku..darah sy dah bhnty pda hri ke 23 pntang..tpi bila hari ke 38 darah saya kluar ada lendir sdikit shingga hari ke44 darah masih ada kenapa yea....

    ReplyDelete
  18. salam kak engku..ari ni saya ari yang ke 47... masih ada darah lagi coklat cair..kuar cikit2 je.tp berbau..pastu faraj sy terasa sakit bila bdri....itu mmg kebiasaan ke atau ada masalah lain..tq

    ReplyDelete
  19. As salam kak engku. .bleh ke klu sye nk dptkn khidmat berurut dr kak engku?cz sye tkut if sye ade simptom2 jtuh peranakan. .

    ReplyDelete
  20. salam kak engku.. klu yang bertasak bagi yang bersalin secara pembedahan tu bermula bila?

    ReplyDelete
  21. Wsalam Natasha, huhuhu akak nie mana pandai mengurut,akak cuma pandai menyambut baby je hehehe.

    ReplyDelete
  22. assalam kak engku.. kalau saya bersalin c-zer, boleh tak minum air akar kayu... sy dengar kalu minum air akar kayu t luka lambat baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Mila, akak tak begitu pasti mengenai perkara nie, tapi klu risau boleh minum setelah luka bersalin tu sembuh. Sama juga klu kita ambil atau makan haruan, memang ia baik utk cepat sembuhkan luka tetapi kesannya ialah ia akan meninggalkan parut luka bedah.

      Delete
  23. Assalam kak engku... kalau saya amalkan bertasak dan ramuan tadisional, adakah masih perlu saya mengambil jamu setiap hari??

    ReplyDelete
  24. As salam kak engku, sy nk tanyalh sy bersalin anak no.2 secara normak.. masa anak pertma hari ke-30 darah nifas dh kering n sy dh mula smbhyg.. yg skrg nie dh hari ke-45pn stay ada lg yg sikt2 kt pantyliner.. Apa yg perlu sy buat ye.. risau pn ada...

    ReplyDelete
  25. assalam k engku
    sy br brsalin anak ke 3 dan masih brpntang utk hr ke 13. ms d hospital slps melahirkn, sy tidor mngiring bgilir kiri dan knan sbb xtahan lenguh tulang blkg. skrg sy mngalami mslh skit d tulang pelvik dan urat blkg ketike berjln. lutut knan juga terasa ngilu.perlu ke sy rujuk ke doktor @ ckup berurut , bertungku etc?bole k engku suggest jamu ape yg sesuai? terima kasih

    ReplyDelete
  26. kak engku..saya baru follow blog akak..sy ngah wt research untuk tesis tentang sejauh mana masyarakat harini memilih kaedah berpantang secara tradisional ni..mohon izin akak untuk amk dan jdikan rjukan untuk kajian sy

    ReplyDelete
  27. as salam kak. satu perkongsian yang sangat menarik dan in shaa Allah membantu ibu2 muda terutama nya. TQ ye kak :)

    ReplyDelete
  28. Tqvm atas perkongsian ilmu, sgt2 bermanfaat buat saya :)

    ReplyDelete
  29. Assalam kak engku...terima kasih atas perkongsian ni..sangat membantu ibu2 muda especially yang jenis berpantang sendiri macam saya :)

    ReplyDelete
  30. Macam mana nak tahu rahim ataw batu meriyan sudah kecut, selalunya tempoh untuk abtu meriyan betul2 pulih berapa lama yew ?harap kak engku sudi jawab

    ReplyDelete
  31. Salam kak engku..saya dh hari ke 18..dan 7 hari xde darah..saya tak pakai pad dh, cuma bila berak dan terteran sikit ada darah..tu kira masih nifas ke? Atau mmg dah kena mandi wajib? Luka jahitan masih Blum baik..sebab JAHIT banyak ke punggung.. Help pls.tq (makcik Urut ckp Rahim sy dh naik n kemas)

    ReplyDelete
  32. Terima kasih kak engku untuk panduan berguna ini.

    ReplyDelete