"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

12 April 2012

Buasir Dan Kehamilan

Memang benar, ramai di kalangan wanita hamil menghidapi masalah buasir (hemeroid). Namum jangan risau kerana masalah ini akan hilang beberapa minggu selepas bersalin.

Sebenarnya, buasir adalah masalah bengkak urat pada bahagian dubur. Orang ramai menggagap masalah ini adalah sesuatu yang kelakar, namum yang menghidapinya tahu masalah ini bukan sesuatu yang boleh dibawa bergurau kerana penghidapnya akan rasa tidak selesa sepanjang masa.

Buasir memang sering terjadi semasa hamil. sesetengah wanita mangalami masalah ini ketika hamil buat kali pertama. Pun begitu, sekiranya seseorang itu pernah mengalaminya ketika belum hamil, besar kemungkinan masalah ini akan berulang semasa hamil.

Wanita hamil berkecenderungan untuk mendapat buasir akibat daripada pengaruh hormon-hormon semasa hamil. Ketika itu, dinding dan injap urat yang berada di sekitar dubur menjadi tegang. Pengaliran darah menjadi perlahan lalu mengakibatkan urat saraf bengkak dan berdenyut.

Selain itu, saiz kandungan yang semakin membesar turut menjadi penyumbang kepada masalah ini. Tekanan yang diberi oleh kandungan terhadap saraf-saraf sekitar pelvik menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan. Akibatnya saraf tersebut membengkak. Masalah lazim yang dialami oleh penghidap buasir ialah rasa penuh pada bahagian dubur, gatal, sakit ketika membuka dubur dan ada kalanya berdarah.

Jika berhadapan dengan masalah ini, ada beberapa perkara boleh anda lakukan. Antaranya ialah:
  • Letakkan pek ais (yang lembut) pada bahagian yang bermasalah beberapa kali sehari. Ais dipercayai dapat membantu menghilangkan bengkak dan rasa tidak selesa.
  • Rendam punggung anda dalam air suam.
  • Bersihkan kawasan yang bermasalah dengan tisu lembut tanpa haruman. Anda juga boleh gunakan tisu berpelembap atau tisu berubat yang dibuat khas untuk masalah buasir.
  • Selain daripada itu, anda boleh juga dapatkan ubatan untuk melegakan buasir daripada doktor pakar.

Buasir boleh dielakkan dengan:
  • Makan makanan yang kaya dengan serat dan minum banyak air untuk mengelakkan sembelit.
  • Semasa mengembangkan usus, cubalah untuk bertenang dan jangan meneran.
  • Kerap melakukan senaman pelvik dapat membantu meningkatkan peredaran darah pada kawasan tersebut.
  • Jangan duduk terlalu lama. Jika di tempat kerja, berehat seketika dengan berjalan-jalan selepas duduk untuk satu tempoh masa yang lama. Sekiranya anda di rumah, baring secara mengiring semasa tidur, membaca ataupun menonton untuk mengurangkan tekanan pada bahagian usus dan meningkatkan peredaran darah pada bahagian bawah badan.

3 comments:

  1. salam...kenapa saya sampai sekarang masih lagi mhdpi mslh ni...baby da 2 bulan lebih...semasa mengandung xde mslh buasir ni..lepas bersalin pulak kene smpai sekarang

    ReplyDelete
  2. sekarang sy preggy 33weeks. sedang menghadapi masalah buasir ni..mmg rasa x selesa betol...agknya sbb sy tido telentang kot..dah tu byk duduk kat ofis..skrg ni hari2 make buah..harap2 okay laa...

    ReplyDelete
  3. Skrg sy preggy dh 37weeks.. bru je menghadapi masalah buasir tapi buasir dalam belum trkeluar lg. Tiap kali nk membuang keluar darah smp takut nk teran.. belum ke hspital lg untuk maklumat lanjut untuk rawatan cuma ke klinik je.. cadanganya esok nk ke hospital untuk jumpa doc... harap2 ok lah.. first time kena buasir ni buatkan sy stress lg2 dh dkat nk brsalin ni...

    ReplyDelete