"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

26 April 2010

Cara Jaga Alat Kelamin Bayi Lelaki

Ramai ibu terutama ibu baru tertanya-tanya bagaimana cara yang betul menjaga alat kelamin bayi lelaki mereka yang baru lahir. Jangan bimbang, tidak ada penjagaan khusus. Jika bayi anda masih belum berkhatan, anda tidak perlu menarik ke belakang kulup (kulit luar alat kelaminnya) untuk membersihkan bahagian hujung alat kelamin.

Sebaiknya anda mula mencuci bahagian dalam hujung alat kelaminnya bila bayi lebih besar sedikit. Ketika ini kulit di hujung alat kelaminnya lebih mudah ditarik ke atas dan tidak menyakitkan bayi serta anda dapat mengelakkan alat kelamin bayi daripada mengalami regangan.

Sekali sekala, anda mungkin menjumpai ketulan keputihan (smegma) di bawah kulit alat kelamin bayi semasa mencucinya. Ia adalah normal. Anda tidak perlu mencucinya selalu, cukup sekadar mencuci semasa memandikannya. Tetapi berhati-hati kerana bahagian ini sangat sensitif.

Jika si kecil anda sudah bersunat anda perlu berhati-hati menjaga kebersihannya sehingga luka sunat sembuh. Berikut beberapa cara mudah untuk anda menjaga alat kelamin bayi yang bersunat:-
  • Letak sehelai kain kasa vaselin di hujung zakar untuk beberapa hari dan mengantikannya setiap kali anda menukar lampin. Tujuannya untuk mengelakkan hujung zakar daripada melekat pada lampin sehinggalah sembuh.
  • Zakar bayi yang telah disunat kelihatan kemerahan dan lama kelamaan tisu granulnya kelihatan kekuningan.
  • Jika bayi anda demam atau bekas khatan bernanah, segera bawa berjumpa doktor untuk mendapat rawatan lanjutan.
  • Jika tidak ada apa-apa masalah selepas berkhatan, anda boleh menolak semula kulit zakar ke bawah untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
Jika bayi anda tidak bekhatan, anda tidak perlu memberi penjagaan khusus. Anda tidak perlu menarik kulit ke belakang untuk membersihkan hujung zakar. Anda tidak perlu memaksa untuk menarik kulit ke atas secara paksa kerana ia hanya menyakitkan bayi anda.

Apabila bayi anda besar sedikit, anda boleh membersihkan dengan cara menarik kulit luar ke atas kemudian bersihkan hujung zakar dengan air suam bersabun. Selepas dibersihkan, biarkan kulit menutupi semula hujung zakar.

No comments:

Post a Comment