"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

10 January 2010

Tips Khas Ibu Hamil

Menjadi seorang ibu bukanlah senang. Banyak perkara harus difikirkan. Berpandukan kepada pengalaman Kak Engku, kebanyakan ibu-ibu yang Kak Engku temui tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang perancangan masa depan terutama sebelum bergelar seorang 'ibu' , apabila bergelar sebagai seorang 'ibu' dan selepas bergelar seorang 'ibu'. Dengan terbitnya blog ini Kak Engku harap sedikit sebanyak ia dapat membantu dan memberi panduan kepada mereka yang bergelar 'ibu'. Antaranya:

1. Sebelum Bergelar 'Ibu'

a) Perancangan Untuk Hamil

Bagi bakal pengantin baru haruslah membuat perancangan awal sebelum mendirikan rumahtangga. Apabila seseorang itu mendirikan rumahtangga, kehamilan amatlah dinanti-
nantikan. Bak kata pepatah 'cahayamata penyeri rumahtangga'. Tetapi bagaimana jika kehamilan yang tidak dirancang dan bakal ibu tidak bersedia untuk menjadi seorang 'ibu'.
Sudah tentu banyak masalah akan timbul....Oleh itu sebelum bergelar seorang 'ibu' persediaan darisegi mental, fizikal dan psikologi penting.

b) Perancangan Bilangan Anak Dalam Keluarga

Mesti membuat perancangan tentang jumlah bilangan anak yang dikehendaki dalam keluarga. Kalau boleh ikut kemampuan anda. Ekonomi sekarang lebih baik kita buat perancangan awal agar status ekonomi tidak membebankan nanti dan tidak memeningkan kepala.

c) Amalan amalan sepanjang tempoh kehamilan

Bagi ibu yang sedang hamil, bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kesihatan lahiriah kandungannya sahaja, malah ibu juga berperanan ke arah kesejahteraan dan kesucian rohiyah anak yang bakal lahir, agar dengan itu kita akan memperolehi bayi yang sihat tubuh badan dan juga sihat rohiyah. Kedua-dua yang sihat inilah yang mempercepatkan terhasilnya tujuan sebagai 'Anak Yang Soleh'. Dalam islam ikhtiar dan usaha harus dilakukan sendiri oleh si ibu semasa anak dalam kandungan, dengan dibantu oleh sikap dan kerjasama si bapa.

Si bapa memainkan peranan penting semasa si ibu sedang hamil, menjaga perasaan ibu hamil, menjaga tingkahlaku, pantang larang semasa si ibu sedang hamil dan banyak lagi. Mudah-mudahan dirahmati dan diberkati Allah S.W.T.

d) Disarankan mengikuti kelas-kelas antenatal sekurang-kurangnya dapat belajar cara untuk meneran, menjaga bayi, memberi penyusuan susu ibu dan banyak lagi.


2. Apabila bergelar 'ibu'

Aku dah bergelar seorang 'ibu'......Syukur alhamdulillah. Pelbagai pengalaman akan dialami oleh setiap ibu sewaktu melahirkan cahayamata. Sakit bersalin hanya Allah sahaja yang tahu. Kesakitan akan hilang setelah mendengar tangisan si kecil. Itulah keajaiban-Nya.

Mulakan si kecil anda dengan laungan azan (bayi lelaki)di telinga kanan dan Iqamah (perempuan) di telinga kiri. Sesungguhnya 'ku pohonkan perlindungan engkau (Ya-Allah) diri ini dan zuriat keturunannya kelak daripada tipu daya syaitan'.....


3. Setelah bergelar seorang 'ibu'

Menjadi seorang 'ibu'dan 'bapa' itulah impian bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Tapi AWAS kepada yang bergelar 'ibu' TANPA 'bapa'. Banyak dugaan dan cabaran yang perlu anda tempuhi.......


Semoga sedikit sebanyak tips ini akan membantu dan dapat memberi panduan kepada pembaca blog Kak Engku....

2 comments:

  1. apakah makanan yang sesuai dimakan untuk ibu yang baru hamil.. boleh info saya.. rosjery82@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Pn: insyaAllah nanti akak mesej ye.

    ReplyDelete