"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

12 January 2010

Bahaya Air Minuman (selain dari susu ibu) Kepada Bayi Anda

Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu diberikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintifik membuktikan keburukannya........

Amalan ini telah dipraktikkan sejak turun-temurun di merata pelusuk dunia. Di Malaysia juga, ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir. Tanpa ibu sedari pemberian air sebenarnya boleh memdedahkan bayi kepada risiko yang membahayakan kesihatan bayi...

Antara lain, air merupakan salah satu anasir yang boleh:

1. Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal

Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan 'kernicterus' iaitu Terencat Akal'. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

3. Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih.

Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

4. Mengakibatkan Sawan Tarik

Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil 'Oral Water intoxication'.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu, jika anda fikirkan bayi anda haus, panas atau sembelit......beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

4 comments:

  1. kalau beri susu formula bagaimana pula kak engku?boleh tak bg baby minum air masak?

    ReplyDelete
  2. my baby is 3 months old.. minum susu formula.. but my in law insist jgk bagi air masak sebanyak yg mungkin.. katenya utk hilang dahaga n bg cuci mulut.. i xpenah bg my baby air masak.. what worried me is im start work soon n will send my baby to my inlaw.. confirm dorang bg air masak. anyhow can i explain to them? sbb as u said breast feed only whut about formula plak?

    ReplyDelete
  3. Pn: klu boleh memang tak digalakkan baby diberi minum air masak seperti entri kat atas nie, tapi memandangkan masalah yang pn hadapi nie, akak rasa lebih baik pn dan husband berbincang ngan inlaw, tapi pendekatan yg diambil biarlah tidak melukakan hati org tua ye. bincang elok elok ye.

    ReplyDelete