"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

30 March 2020

9 TIP MENENANGKAN BAYI YANG MENANGIS

1. Alunkan Zikir
Ibu atau Ayah boleh mengalunkan Zikir ke telinga bayi. Ianya membuatkan bayi lebih tenang. Boleh juga dipasangkan alunan Zikir dan di letakkan berhampiran baby.
https://youtu.be/zhnsTlGf6yU
Zikir Untuk Tidurkan Baby Yang Meragam











2. Berikan Susu
Dalam tempoh sebulan yang pertama, bayi seringkali menangis kerana kelaparan. Menyusukan bayi adalah cara yang berkesan untuk menenangkannya.

3. Belaian
Bayi memerlukan belaian mesra untuk berasa tenang dan berhenti menangis. Bayi juga akan menjadi lebih tenang apabila didukung secara menegak pada bahu, ataupun dalam posisi mukanya ke bawah.

4. Mengalihkan Perhatian Bayi
Kadangkala, bayi akan lupa punca dia menangis apabila melihat sesuatu. Contohnya, tunjukkan pakaian atau corak yang berwarna-warni, terang, gambar, membuat bunyi bunyian, atau cerminkan wajahnya pada cermin.


5. Berikan Sesuatu Untuk Dihisap
Bayi menjadi tenang apabila dapat menghisap sesuatu, seperti genggaman tangannya sendiri. Jika ingin memberikan puting
kosong kepada bayi, pastikan puting itu disteril terlebih dahulu.

6. Membedung
Bedung mungkin dapat menenangkan bayi dengan membuatkannya berasa selamat.
Dukung bayi yang sudah dibedung sehingga dia berasa tenang dan berhenti menangis. Kemudian, letakkan bayi secara menelentang
tanpa menanggalkan bedung.

7. Menepuk Dan Usap
Sentuhan tangan kita memberikan
ketenangan kepada bayi. Tepuk dan usap bahagian belakang ataupun perut secara berirama bagi menenangkan bayi dan membantunya sendawa.

8. Ayunan Secara Berirama
Pergerakan ayunan biasanya dapat
menenangkan bayi dan membuatkannya tertidur. Sekiranya perlu, bawa bayi berjalan-jalan di sekeliling rumah.


9. Periksa Lampin
Cuba periksa lampinnya. Mungkin dia mahu memberi isyarat yang lampinnya sudah kotor dan tidak
selesa. Ataupun mungkin juga ada sesuatu perkara yang anda lakukan yang menyebabkan dia menangis.
Contohnya, bayi menangis selepas dipakaikan baju dan dibersihkan. Cubalah membedungnya untuk meyakinkan dan menenangkan bayi serta memujuknya.

Selamat Mencuba Ye.

Pssttt.... Jgn Lupa SUBSCRIBE Channel YOUTUBE Kak Engku Ye.
KLIK link dibawah

https://youtu.be/zhnsTlGf6yU

Kak Engku Sekarang Aktif berkongsi di YOUTUBE. Jumpe kat Youtube ye.



No comments:

Post a Comment