"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

22 February 2016

Pengurusan Uri Bayi Menggunakan Set Pengurusan Uri (My Uri)











Uri ialah organ dalam kandungan yang berbentuk bulat dan leper serta dihubungkan dengan bayi melalui tali pusat. Kebiasaannya, uri turut dikenali dengan nama plasenta, kembar bayi atau tembuni yang dikeluarkan bersama kelahiran bayi.

Menanam Uri

Dalam Islam, uri yang keluar bersama bayi hendaklah diuruskan dengan baik iaitu di tanam di tempat yang selamat agar baunya tidak dihidu lalu dikorek oleh binatang.








Amalan Khurafat Masyarakat Melayu

Sejak zaman berzaman, masyarakat Melayu sangat berpegang teguh dengan adat dan kepercayaan yang diwariskan oleh generasi terdahulu. Ada antaranya yang dibenarkan Islam kerana tidak mengandungi unsur yang bertentangan dengan agama, namun ada juga yang dilarang kerana boleh mendatangkan dosa.

Dalam Islam, menisbahkan sesuatu yang berlaku kepada selain Allah dihukumkan syirik dan boleh merosakkan akidah penganutnya. Allah tidak mengampunkan dosa mereka yang syirik kepada-Nya namun mengampunkan dosa selain daripada itu.








Cara Menguruskan Uri

Dalam pasaran semasa, ibu bapa tidak perlu risau, kerana terdapat set asas pengurusan uri yang telah dikomersialkan. Set ini dilengkapi dengan keperluan menanam uri dan dilihat sebagai alternatif terbaik masa kini.

Uri hendaklah dibasuh dan dicuci sehingga hilang segala darah berserta kotoran sebelum ditanam. Secara khusus, tiada dalil yang menunjukkan tatacara lengkap pengurusan uri. Atas dasar menghormati organ manusia yang dimuliakan oleh Allah, maka uri perlu diuruskan dengan baik sebelum ditanam. 

Prosedur uri yang biasa dilakukan dalam masyarakat:

1. Membaca basmalah, surah al-Fatihah, dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

2. Mula membasuh uri dengan air yang mengalir.

3. Lumurkannya dengan garam dan asam jawa bagi membuang segala bau hanyir.

4. Bilas dengan air dan ulang langkah ini sehingga dipastikan suci dan tiada darah dan kotoran yang terlekat padanya.

5. Lumurkannya sekali lagi dengan garam dan perahan asam jawa bagi mengelakkannya daripada berbau busuk.

6. Letakkan uri ke dalam kain yang diikat atau bekas yang tertutup.

7. Tanam uri di tempat yang selamat dengan kedalaman tanah yang dapat mengelakkan daripada terhidu oleh binatang.

8. Jangan menyertakan proses ini dengan amalan khurafat seperti meletakkannya bersama paku, pensel dan sebagainya.









Set Pengurusan Uri (MyUri)

Berminat untuk ketahui lebih lanjut berkaitan set pengurusan uri MyUri meh PM Kak engku

ATAU

Wasap "MyUri" ke Kak Engku 019 366 7525
Wasap "MyUri" ke Kak Engku 019 366 7525
Wasap "MyUri" ke Kak Engku 019 366 7525


No comments:

Post a Comment